Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Ilmu

[saya dapat noti or i would say self reminder by pakcik gulu-gulu. Thanks pakcik]

(☆▽☆)

Orang yang berilmu dijanjikan oleh Allah SWT dengan kedudukan yang mulia di sisiNya dan di sisi masyarakat. Hal ini telah dinukilkan dalam al-Quran.Allah SWT telah berfirman :Allah akan meninggilkan orang-orang yang beriman di antara kalian dan orang-orng yang diberi ilmu beberapa darjat. (al-Mujadilah : 11)Maka tidak hairanlah sekiranya kita melihat orang yang berilmu dalam pelbagai bidang mendapat tempat di sisi masyarakat. Mereka dihormati, sentiasa dicari dan dirujuk oleh masyarakat. Mereka juga mendapat pekerjaan dan tempat tinggal yang baik hasil daripada apa yang diusahakan sebelum ini. Allah SWT meninggikan kedudukan mereka sewaktu di dunia lagi dengan kenikmatan yang diperolehi agar mereka menjadi golongan yang bersyukur dan semakin akrab dengan penciptanya.

Sabda Rasulullah saw, riwayat Abu Naim daripada Anas ra, maksudnya : Ilmu pengetahuan itu menambahkan mulia dan meninggikan taraf seorang hamba kepada raja.Seseorang yang berilmu akan memberi manfaat kepada orang lain kerana dijadikan rujukan dan tempat meminta pandangan. Sebagai contoh, seorang doktor pakar dalam bidang tertentu akan dirujuk oleh masyarakat untuk merawat kesakitan yang dialami. Seorang ulama akan didatangi oleh mereka yang mempunyai kemusykilan dalam bidang agama dan ingin meminta pendapat daripadanya. Seorang arkitek dan kontraktor yang mahir akan diberi tawaran untuk melaksanakan sesuatu projek pembangunan yang besar.Maka, apapun jua bidang ilmu yang kita kuasai, sekiranya disampaikan dan dikongsi, akan memberi manfaat kepada umat. Kita hampir kepada menjadi manusia yang paling baik sebagaimana sabda Rasulullah saw :Sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberi manfaat kepada manusia lain.

Kesimpulan, seperti yang telah disebutkan di dalam al-Quran, Allah SWT telah menjanjikan tempat yang mulia bagi orang yang berilmu. Oleh itu, kita perlu berusaha untuk memperoleh ilmu tersebut walau perlu mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran namun ianya akan memberi impak yang lebih kepada kita pada masa hadapan kelak. Dengan ilmu juga kita dapat membantu golongan masyarakat yang memerlukan bantuan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro