🎭10
Jinyoung mencampakkan telefonnya ke tempat duduk keretanya.Kepalanya ligat memikirkan kedudukan Jaebum sekarang ini.Selepas panggilannya dimatikan,dia tahu yang Jaebum dalam bahaya.
Tut,tut
Jinyoung mengambil semula telefon yang dicampak tadi.
Jaebum ada di pantai yang sama 20 tahun lepas.Dia dalam bahaya sekarang.
Sebaik mesej itu dibaca,tiada lagi masa yang disia-siakan.Kini hanya Jaebum yang difikirkannya.
~~~
Hyunsik mempercepatkan langkahnya bila ternampak kelibat orang dari jauh.Dia menjerit sekuat mungkin namun tak didengari.Kakinya sudah dekat dengan tempat yang ditujunya.
"Tolong....Appa?",panggilannya terhenti melihat ayahnya yang berada di situ.Di belakang ada 2 orang lagi seperti menunggu Tuan Im.
Matanya beralih semula pada Tuan Im yang berada di persisiran pantai.Dia berlari menuju ke arah ayahnya.
Tuan Im menoleh ke tepi bila merasakan seseorang berlari ke arahnya.Dia terkejut yang orang itu ialah anaknya.
Hyunsik mendapatkan Jaebum yang terbaring di situ.Dia melepaskan ikatan tangan adiknya dan sejurus itu Hyunsik memeluk Jaebum.Tuan Im terkejut melihat perbuatan Hyunsik.
Begitu sekalikah rasa sayang Hyunsik pada Jaebum walaupun sudah tahu yang itu bukanlah adik kandungnya.
Dia teringat semula kenangan 20 tahun lalu dimana Jinwoo selalu memeluknya memberi semangat kerana kehilangan isterinya.
"Jaebum....Hyung ada kat sini.Mianhae Hyung lambat",Hyunsik mencium rambut Jaebum yang berada dalam pelukannya.Jaebum masih susah bernafas disebabkan traumanya.Namun keadaannya lebih lega daripada tadi.
Encik Heo yang muak dengan drama Hyunsik menghampiri Tuan Im yang tiba-tiba kaku.
Hyunsik membantu Jaebum berdiri.Ayahnya diabaikan pada masa itu.Namun langkah mereka berhenti sebaik Encik Heo tiba di tempat mereka.
Pistol sudah diacu ke arah Jaebum.Hyunsik melindungi adiknya dengan meletakkan Jaebum dibelakangnya.
"Ke tepi Hyunsik,aku tak nak apa-apakan kau.Sebelum kau cedera,pergi ke sana.",arah Encik Heo.
Hyunsik menggeleng sebaliknya mendepakan tangannya sebagai sudah sedia jika dia yang menggantikan tempat adiknya.Jaebum menarik baju Hyunsik dari belakang.
Tuan Im menghampiri anaknya.Encik Heo memandang adik iparnya.Dengan segera dia memberi arahan.
"Jihoonaaa...sekarang!!"
Tuan Im menolak Jaebum ke laut namun disebabkan Jaebum memegang baju Hyunsik,Hyunsik juga turut terjatuh ke dalam air.Semasa itu,Tuan Im terkejut dan sempat menarik tangan Hyunsik yang semakin dibawa arus.
"Tarik tangan Appa,Hyunsik.Cepat...lepaskan Jaebum."sedaya upaya dia mengerah kekuatannya.Hyunsik menggeleng dan melepaskan tangan Tuan Im. Bayangnya dan Jaebum hilang dari pandangan.
"Hyunsik!!!!!!",Tuan Im mengalirkan airmatanya melihat anaknya hilang depan matanya sendiri.
Encik Heo juga turut terkejut dengan perbuatan Hyunsik.Dia lebih sanggup bersama Jaebum berbanding ayah kandungnya sendiri.Jeongyeon yang memerhati dari jauh,tersenyum melihat adegan anak beranak itu.
"Stupid oldman",getusnya.Duit yang sudah diberi Tuan Im kini berada di tangannya.Dan kerjanya sudah selesai.
~~~
Hyunsik masih memegang tangan Jaebum.Kejadian ini seperti berulang semula.Disebabkan arus yang kuat,beberapa kali tangannya terlepas namun Jaebum tetap berusaha mendekati abangnya.Kali ini,dia tak akan biarkan Hyunsik berjuang sendirian.
Disebabkan usahanya,mereka berjaya ke permukaan laut.Mereka masih belum jauh kerana bayang Tuan Im dan Encik Heo masih boleh dilihat.
"Jaebum-ma....Kita kena berenang sampai ke tepian.Jaebum boleh lagi kan berenang.",tanya Hyunsik.
Jaebum pula menggeletar kerana kesejukan.Walaupun dia sudah berada di permukaan,tak bermakna trauma yang dihidapnya hilang begitu saja.
Hyunsik memeluk Jaebum.Dia bangga dengan adiknya yang mampu harungi semua ini.
"K...k...kaja",terketar suara Jaebum.Hyunsik mengangguk lalu berenang menuju ke persisiran.Jaebum mengikuti Hyunsik dari belakang.Dia akan cuba sedaya upaya selagi dia mampu.
Tuan Im masuk ke dalam air sebaik melihat Hyunsik berenang ke arahnya.Encik Heo hanya membiarkan tindakan adik iparnya kerana dia sudah merancang apa yang patut dilakukan seterusnya.
Akhirnya,mereka berjaya sampai ke persisiran pantai.Jaebum merebahkan dirinya melepaskan lelah.Hyunsik juga berbuat demikian.
"Hyunsik.... kwaenchana?",tanya Tuan Im risau.Hatinya kembali tenang melihat anaknya selamat.
Hyunsik tak menjawab pertanyaan Tuan Im.Dia bangun menuju Jaebum di sebelahnya.Buat masa ini,Tuan Im bukanlah sesiapa lagi baginya.Hanya Jaebum yang perlu diselamatkan.
~~~
Jinyoung sudah masuk ke perkarangan pantai.Dia juga sudah melaporkan kepada pihak polis pasal ini.Dia menuju ke arah pantai.
Dengan segera dia menghampiri Tuan Im dan Encik Heo.Dia bersedia menerima segala risiko.
Encik Heo mengacukan pistol ke arah Hyunsik kali ini.Tuan Im menolak Encik Heo sebaik melihat pistol diacukan ke arah anaknya.
"Lepaskan aku!!Ingat rancangan kita selama ni.Takkan sebabkan dua orang ni,rancangan kita musnah.",marah Encik Heo.Pistol juga sudah tercampak ke tepi.Jinyoung menolong Hyunsik membawa Jaebum ke tempat yang lebih lapang disebabkan pernafasannya yang masih belum stabil.
Jinyoung menanggalkan kot yang dipakainya lalu diselimutkan badan Jaebum.Dia menelefon ambulan melihat keadaan Jaebum.
Tanpa disedari semua, Hyunsik mengambil pistol yang tercampak tadi.Tiada lagi belas kasihan pada orang yang sanggup hapuskan keturunan sendiri.
"Yahh.....berhenti.Hyunsik dah penat semua ni.",arah Hyunsik.Encik Heo tersenyum sinis.Budak mentah seperti Hyunsik mengugutnya memang tak memberi kesan sedikit pun.Hyunsik merasa tercabar bila Encik Heo tersenyum.
Bang!!
Tembakan dilepaskan ke langit.Sedikt sebanyak tindakan Hyunsik dapat menakutkan orang tua tak guna di depannya.Jinyoung turut terkejut melihat Hyunsik yang memegang pistol.
Encik Heo menghampirinya tanpa rasa ragu.Dia tahu anak saudaranya tak akan menembak dirinya.Namun semua tanggapannya salah bila Hyunsik menembak kakinya.
Tuan Im tergumam melihat anaknya.Ke mana pergi Hyunsik yang selalu berfikiran rasional.Encik Heo mengerang kesakitan.Kini Hyunsik pula yang menghampiri Encik Heo sambil tersenyum sinis.
Pistol berada di dahi Encik Heo.Dengan sekali tembakan,pasti sudah dapat menamatkan riwayat lelaki tua itu.
"Hyung!!!!Andwae!!",Jinyoung menghalangnya daripada bertindak bodoh.
"Wae Jinyoung-aaa....lelaki tua ni dah musnahkan hidup Jaebum.Patut ke dia hidup bebas lagi kat dunia ni?",tanya Hyunsik.Dia menyeka airmatanya yang membasahi pipinya.
"Tak patut.....tapi apa yang Hyung buat juga tak patut.Kalau Hyung tembak dia,Hyung juga sama dengan dia.Ingat Jaebum,Hyung.Kalau Hyung disabitkan dengan kesalahan,Hyung juga tinggalkan Jaebum sendirian.",rayu Jinyoung.Tak sanggup dia melihat nyawa seseorang melayang di depan matanya.
Hyunsik memandang Jaebum yang ketika itu juga memandang ke arahnya.Jaebum menggeleng.Hyunsik melepaskan pistol di tangannya.Encik Heo menarik nafas lega.
Siren polis dan ambulan kedengaran.Dan ketika itu,Tuan Im sudah tahu dengan nasibnya.Encik Heo mengambil pistol dan hanya seorang yang ditargetnya.
"Hyung!!!!", Jinyoung memberi amaran.Hyunsik menoleh ke belakang.
Bang!!
Tembakan dilepaskan.
================================
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro