
𝕭𝖆𝖇 : 16
Malam itu aku dan Kim turun bersama Nayeon sekaligus. Wooshin dan Younghoon sudah turun terlebih dahulu bersama tuan Seojun.
Ini pakaian kami bertiga.
Ini aku.
Ini Kim.
Ini Nayeon.
Katanya makan malam bertemakan mewah. Nasib baik aku ada bawa dress ni tadi. Nak makan pun bertema bagai. Makan malam je pun. Bukannya majlis besar-besaran ke apa.
" Haa, ketibaan para-para gadis malang untuk menjamu santapan mereka " ujar Wooshin bergurau.
Aku meluku leher Wooshin apabila aku mendengar dia berkata sedemikian. Gadis malang dikatanya kami bertiga ni. Kurang hajar kau anak Kim.
" Gurau-gurau. Tenang girls. Sila-sila. Ambil tempat masing-masing " katanya.
Kami bertiga melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan sahaja. Malas nak duduk berasingan. Biarkan, lelaki-lelaki. Wanita-wanita.
Mata aku tertancap pada sebuah kerusi kosong yang menjadi pemisah di antara Younghoon dan Wooshin. Kerusi siapa pula tu? Getus hatiku.
Setibanya tuan Jongsuk disitu, pelayan-pelayannya datang membawa makanan dan dihidangkan diatas meja. Sebelum kami meneruskan niat untuk makan, tuan Jongsuk sempat memberikan ayat sepatah dua kata atas kedatangan kami dan sahabat lamanya tuan Seojun ke resortnya.
" Jemput makan ye semua. Jangan segan silu dengan saya. Anggap saja kita dah kenal lama. Jemput lah menjamu " ujarnya dengan senyuman yang manis.
Aku dan keluarga tuan Seojun segera menjamah makan yang sudah terhidang sejak tadi. Makanan disini enak-enak belaka. Geram je aku nak tambah lagi tapi kene bersabar. Ini bukan hotel, ini tempat orang. Bersabar je lah.
" Boleh saya tahu, siapa namanya yang sebelah Kim tu? Tak pernah lagi nampak datang sini " kata tuan Jongsuk.
" Saya? " tanyaku sambil menundingkan jari didada. Tuan Jongsuk mengangguk.
" Nama saya Park Shinhye. Saya sebagai secretary personal tuan Seojun " aku memperkenalkan diri padanya.
" Cantik nama macam tuannya juga. Sudah lama kerja dengan tuan Seojun? " tanyanya lagi.
" Lama juga lah. Dah masuk hampir 3 ke 4 tahun juga lah. Lagipun, saya dah kenal tuan Seojun ni sejak saya masih belajar. Ayah saya pula kawan satu kolej dengan tuan Seojun " kataku dengan mesra.
" Ohh. Mesti kamu ni pekerja yang bagus kan. Boleh dijadikan menantu ni Seojun-ssi. Hahahahaha " guraunya tuan Jongsuk membuatkan air muka Kim berubah serta merta. Hilang rasa aku ingin tertawa. Kim marah ke?
" Annyeonghaseyo. Maaf saya terlambat datang " ujar seseorang. Aku mengangkat mukaku untuk melihat gerangan tersebut.
Seorang gadis tinggi dan mempunyai posture badan yang cantik. Kulit mukanya yang putih dan rambut ikal mayangnya yang panjang. Sangat cantik. Tapi siapakah dia?
" Joy-ah. Kamu kemana lambat sangat hah? Appa dan yang lain dah lama tunggu kamu tau " kata tuan Jongsuk. Oh, anak dia mungkin.
" Kesian bakal suami kamu ni. Makan sorang-sorang dari tadi " sambung tuan Jongsuk lagi. Aku terus memandang Younghoon yang tersenyum memandang gadis itu.
J-Jadi..itu lah dia bakal isterinya Younghoon. Patutlah Younghoon sukakannya. Sama cantik, sama padan rupanya. Nampak gayanya mereka sudah berbaik seperti biasa.
" Shinhye.. " panggil Wooshin dengan suara yang berbisik. Aku segera menoleh kearahnya dengan mata yang mula memerah menahan tangis yang bakal pecah.
" Hajima.. " ujarnya sambil menggelengkan kepala perlahan. Aku tak tahu nak buat apa sekarang. Hati aku sakit tengok Younghoon bermesra dengan tunangnya.
Aku berura-ura mahu pergi dari situ. Tetapi tangan Kim lagi pantas menahan kelakuan aku. Aku memandangnya. Kim tidak membalas pandangan aku. Tangan aku digenggamnya erat sekali. Matanya dipejam seketika. Niat aku terus terbatal.
" Rasanya semua dah kenal kan ni siapa? Ini lah anak saya merangkap bakal isteri Younghoon " ujar tuan Jongsuk.
" Saya Joy. Selamat berkenalan semua. Kim, lama tak jumpa kamu " ujarnya dengan suara yang lemah lembut. Tapi Kim pula? Dia tidak mengendahkan teguran bakal kakak iparnya itu. Muka Joy terus berubah.
Makan malam pada malam itu adalah hari yang sedih bagi diri aku. Tidak bagi mereka yang lain. Tapi aku masih tertanya-tanya akan sesuatu. Kenapa Kim seperti tidak sukakan Joy?
" Aku nak lepak dekat balkoni atas " kata Kim. Aku mahu mengikutnya.
" Ah, sedapnya angin malam " katanya sambil berpeluk tubuh. Okay, ini pelik. Kim bukan jenis yang sukakan angin malam sebenarnya. Tapi kenapa dia berkelakuan macam pelik saja hari ni. Kene korek rahsia besar ni.
" Kim, meh lah duduk sini. Sejuk tu " kataku. Kim sekadar menurut dan mengambil tempat berhadapan dengan aku.
Soalan macam mana lah aku nak utarakan pada Kim ni ye. Tak boleh salah sikit, nanti tak pasal-pasal sakit hati dengan jawapan dia. Fikir Shinhye, fikir. Gunakan otak kau tu. Tiba-tiba Kim bersuara.
" Aku tahu. Kau mesti tertanya-tanya kenapa dengan aku malam ni kan. Jangan risau. Aku masih diri aku. Aku cuma nak tenangkan fikiran saja " katanya. Okay, boleh kot aku tanya.
" K-Kenapa kau tak balas teguran Joy tadi? " tanyaku. Dalam hati dah banyak berdoa dah sebenarnya. Kim terus memandang aku tanpa berkedip. Air liur kasar aku telah. Kemudian Kim tersenyum sungging. Ah gila dah budak ni.
" Aku tak suka dia " balasnya sepatah.
" Itu je? What. Come on lah Kim. Mesti ada sebabnya kau tak suka dia. Cite ah " kataku semangat ingin tahu.
" Kenapa kau nak tahu? " tanyanya pula.
" S-Saja je. Kot-kot aku boleh tolong selesaikan masalah kau pula " balasku.
" Takde lah. Aku bukan tak suka dia. Aku..cuma teringatkan arwah mak aku je. Joy layan kami sekeluarga tak ubah macam arwah mak aku dulu. Perangainya, gayanya, caranya. Hampir sama. Setiap kali dia layan aku, aku mula teringatkan mak aku. Memori kami sering berputar dalam minda aku. Aku fikir, dengan cara ni aku dapat lupakan mak aku. Aku tak nak terfikirkan sangat pasal dia. Jujurnya aku rindu sangat-sangat dekat mak aku. Tapi tuhan lebih menyukainya dari kami " kata Kim dengan nada yang sayu.
" Sebenarnya, Younghoon selalu tanya aku pasal Joy. Dia takut aku tak terima Joy. Setiap kali dia tanya, aku akan berdiam saja. Aku dah cerita dekat dia kenapa aku tak suka Joy mulanya. Difikirkan balik, sampai bila aku nak tolak Joy dari masuk keluarga aku kan. Dah dia dengan Younghoon dijodohkan bersama. Lagipun, tak baik kita tak terima kenyataan yang sedia ada. Jadi, aku terima saja kedatangan Joy ke dalam keluarga kami " tambahnya lagi.
Jujur! Aku tak pernah nampak Kim sedih macam ni. Asyik selalu dingin je setiap kali bertemu.
Aku faham dah kenapa dia buat macam tu. Younghoon bertuah dapat adik yang berfikir jauh dan matang macam Kim.
" Sebab tu juga ke kau marahkan aku rapat dengan Younghoon? " tanyaku.
" Tak. Aku tak marah kau nak rapat dengan dia. Yang aku marahnya, kau dah taruh hati dan harapan dekat abang aku. Kau mudah sangat. Diri kau lemah Shinhye. Kau baru sahaja putus dengan Yuvin dan Younghoon datang. Tak ke orang akan kata kau terdesak lelaki? Aku tak nak orang kata macam tu. Sebab tu aku pertahankan diri kau. Lagipun, Younghoon dah ada tunang dan tak lama lagi nak jadi isteri dah pun. Tiba-tiba aku dapat tahu kau sukakan dia pula " kata Kim. Aku terdiam.
" A-Aku..aku pun tak tahu kenapa dengan diri aku ni. Aku cepat lemah dalam bab hati dan perasaan Kim. Kalau lah aku boleh jadi macam kau kan best " balasku.
" Kau tak perlu jadi seseorang untuk menjadi kuat. Kau cuma perlu kawal emosi dan perasaan kau saja. Kau terlalu biarkan diri kau melayan perasaan bodoh tu. Aku tak suka. Aku jadi macam ni, sebab aku tegas dengan diri aku. Aku yang kawal diri aku. Sebab tu aku selalu ingatkan kau supaya kawal diri sendiri. Tak ada orang yang kawal diri kau. Kau bukan robot ataupun patung Shinhye " kata Kim. Air mata aku jatuh juga.
" Hobi kau ni suka menangis agaknya. Rimas aku tengok " marah Kim. Dia melemparkan pandangan ke balkoni.
Ada benarnya kata Kim tu. Kenapa aku degil tak nak kawal diri aku sendiri. Aku terlalu melayan perasaan.
Tak apalah. Masa ada lagi berbaki beberapa hari saja. Sempat aku nak jauhkan diri dari nya. Aku perlu bertegas dengan diri aku sendiri macam Kim. Dah tak boleh nak main-main. Kau dah dewasa Shinhye. Kau mesti boleh!
Aku boleh!
To be continued..
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro