9
- few month ago -
[ Sekolah Menengah Atas Apgujeong ]
"Kerjakan je dia!" Arah Haneul sambil membiarkan Jichan dan Jiwoon membelasah seorang pelajar lelaki tanpa belas kasihan.
"M-maafkan aku Haneul! Aku janji akan bawa duit yang banyak esok!" Haneul menghampiri lelaki itu sebelum menarik rambut lelaki itu sehingga kepalanya terdongak.
"Banyak cakap kau ni Yedam. Semalam aku dah suruh kau lepas kau sebab kau janji akan beri aku duit hari ini. Tapi mana duitnya?!" Haneul menyepak muka Yedam. Dia mengabaikan Yedam mengaduh kesakitan.
"Budak tu, kau tak nak ajar ke dia?" Jichan melirik ke arah Sungkie yang dari tadi memerhati sahaja gerak geri mereka.
"Sini. Aku nak kau kerjakan budak ni sampai lunyai!" Sungkie teragak-agak untuk mengikut arahan Haneul sehinggalah dia melihat wajah Haneul mulai serius.
"Ok hyung." Sungkie terus menendang perut Yedam dan menumbuk wajah Yedam bertubi-tubi.
"Bagus, tak sia-sia aku ambil kau sertai kami." Haneul tersenyum bangga setelah melihat Yedam mulai lemah.
"Habistu kita nak buat apa dengan jantan ni?"
"Kurung dia Jiwoon. Malam nanti baru kita lepaskan dia." Jiwoon mengangguk dan mengheret Yedam untuk mengurung lelaki itu di dalam bilik rahsia mereka.
"Kau kena ingat Sungkie, kita kena berkeras kalau tak kita akan dibuli balik. Kau tak nak dibulikan?" Sungkie segera mengangguk.
"Ya hyung. Saya join sebab tak mahu dibuli."
"Bagus." Haneul melihat Jiwoon dan Jichan kembali pada mereka setelah mengurung Yedam.
"Kita pergi 'paw' Jeongin jom. Nak harapkan Yedam apa pun tak ada." Cadang Jichan.
"Ok, jom. Semalam pun kita dapat banyak masa 'paw' dia." Jiwoon tersengih dan segera melangkahkan kakinya ke tempat yang menjadi tempat rehat Jeongin.
"Woi Jeongin! Bak sini duit kau!" Jichan menendang Jeongin sebelum menarik kolar baju sekolah Jeongin. Jeongin menggelengkan kepalanya.
"A-aku dah tak ada duit. Semalam yang korang ambil tu duit belanja untuk seminggu." Jichan memutarkan biji matanya sebelum menumbuk Jeongin.
"Alasan!!"
"B-betul. Tengok dompet aku, kosong! Tolonglah jangan pukul aku. Aku merayu!" Jiwoon mengambil kaca mata Jeongin dan tersenyum lebar.
"Boleh, kami tak akan pukul kau. Tapi mungkin akan beri sedikit hadiah." Jiwoon mencampakkan kaca mata itu ke lantai sebelum memijak kaca mata itu bersama Jichan.
"Cermin mata aku!!" Rintih Jeongin apabila dia dapat melihat kumpulan itu menjahanamkan kaca matanya walaupun pandangannya sedikit kabur.
"Dah jom blah." Arah Haneul setelah melihat kaca mata Jeongin telah pun pecah dan patah. Sungkie mengikut Haneul dari belakang.
Ya. Haneul, Jichan, Jiwoon dan Sungkie merupakan sekumpulan pembuli yang akan membuli sesiapa yang mereka mahu, tidak kira jantina dan umur. Asalkan kemahuan mereka tercapai.
Biarpun laporan dibuat pada guru, namun tiada tindakan diambil. Oleh kerana itu, tiada sesiapa yang berani untuk melaporkan pada guru kerana mereka pasti akan dicari dan dibuli.
***
"Buat kerja sekolah aku! Ni tambahan kerja sekolah!" Gahyeon menunduk apabila melihat Daeyoung menjeling tajam ke arahnya.
"B-baik Daeyoung."
"Mana makanan aku? Kau tak bawa ke?" Gahyeon segera mengeluarkan bekalnya dari beg sekolah dan memberi bekal tersebut pada Daeyoung.
"Daeyoung. Kau tak nak lepaskan Yeri ke? Kesian dia dibuli-" Bicara Gahyeon terhenti apabila Daeyoung menumpahkan makanan pada tubuhnya.
"Aku pantang betul dengar orang tanya soalan masa aku makan! Kau siapkan kerja sekolah aku tu cepat!" Gahyeon menunduk dan melihat baju sekolahnya yang telah kotor.
"Buat cepat!" Gahyeon segera membuat kerja sekolah Daeyoung dengan takut-takut. Daeyoung keluar menuju ke kantin dan membiarkan Gahyeon menyiapkan kerja sekolahnya.
"Eh Daeyoung. Tadi kami ada terima aduan. Ada pelajar kena buli." Heeseung memberi laporan aduan pada Daeyoung, memandangkan Daeyoung merupakan ketua pengawas.
"Ok, nanti aku jumpa budak tu." Daeyoung berjalan untuk beratur. Matanya tertumpu pada Haneul.
"Pst Haneul."
"Ha kenapa?"
Daeyoung memberikan laporan itu pada Haneul. Haneul mengangkat keningnya seraya membaca laporan tersebut.
"Oh, budak ni report. Ok nanti aku settlekan dia." Haneul menyeringai dan berlalu pergi sambil menyisip minuman yang dibelinya.
"Ada hati nak report pasal aku. Terimalah nasib kau." Daeyoung senyum sinis apabila mengenangkan pelajar tersebut bakal dibuli oleh kumpulan Haneul sebelum bakal diseksa olehnya.
Daeyoung membawa minuman yang dibelinya dan bergerak ke bilik kaunseling yang kosong. Dia melihat seseorang yang meronta dalam keadaan terikat.
"Dah puas merenung kesalahan kau?" Daeyoung senyum sinis sebelum mencurah air panas pada tubuh gadis itu.
"Ulanglah lagi perbuatan kau. Kalau kau nak rasa yang lagi teruk dari ni." Daeyoung tergelak sambil memerhati figura tersebut menggelupur kesakitan.
Daeyoung seorang ketua pengawas namun hanyalah pada nama sahaja. Di mata orang, memang dia seorang yang berdedikasi namun disisi lain, yang hanya orang tertentu yang tahu. Dia seorang pengawas yang akan menindas dan menghukum orang menggunakan peraturannya sendiri.
***
"Kau kenapa hah?! Kau nak khianati aku ke?!" Asha menampar Yunah, sahabat baiknya. Yunah memegang pipinya dan menjeling Asha.
"Aku tak nak berkawan dengan kau lagilah! Kau sedar tak yang kau ni toxic?! " Asha mengetap bibirnya dan menjambak rambut Yunah dengan kasar.
"Aku? Toxic? Kau pun samalah. Kau jangan lupa kau pun sebarkan segala khabar angin dekat sekolah ni jugak!" Yunah meronta-ronta untuk melepaskan dirinya.
"Apa yang kau buat ni dah salah! Kau dah seksa Minjeong sampai dia hampir mati sebab dia nak laporkan apa yang kau buat je."
"Kau kasihankan dia?" Yunah terdiam.
"Asha." Asha melihat kakak kembarnya masuk ke dalam tandas yang menempatkan dirinya dan Yunah.
"Ada orang tak kat luar?" Jiera menggeleng dan mencampakkan pemetik api pada Asha.
"Kau bukannya kawan baik Asha? Kenapa kau gatal sangat nak laporkan Asha pada cikgu?" Jiera memarahi Yunah yang sudah berdiam diri.
"Adik kembar kau ni seksa Minjeong. Minjeong pun kawan kita. Dia dah terlantar dekat hospital tu!" Jiera menampar Yunah sehingga gadis itu jatuh terduduk. Asha merokok dengan tenang sambil memerhati Jiera dan Yunah. Dia menghampiri Yunah sebelum melekapkan puntung rokok yang masih menyala pada badan Yunah.
"Kau kesian kan? Rasalah apa Minjeong rasa!" Asha mengabaikan jeritan Yunah dan terus menerus melekapkan puntung rokok pada badan Yunah. Jiera membiarkan sahaja Asha dan memegang Yunah dengan erat.
"Semaklah kau ni!" Asha menolak Yunah apabila gadis itu meronta dengan kuat.
"A-asha." Mata Jiera membulat apabila melihat darah yang mengalir dari kepala Yunah. Dia segera memeriksa Yunah.
"Asha. Dia dah tak bernafas!" Kata Jiera dengan panik. Asha mencampakkan puntung rokok di lantai dan memijak puntung rokok itu.
"Kita kena hapuskan bukti. Simpan dulu mayat dia, nanti petang kita tanam dekat belakang sekolah." Arah Asha. Jiera segera mencuci kesan darah dan menyembunyikan mayat Yunah.
Asha merupakan seseorang yang sopan dan lemah lembut. Namun siapa sangka, dia adalah di sebalik kekecohan dan khabar angin sekolah. Jiera hanya mengikuti sahaja segala gerak geri adik kembarnya. Asalkan reputasi dan kedudukan mereka tetap aman dan selamat.
***
"Ada orang ke?" Tanya Ariel dengan nada yang panik. Baekbom memeluk Ariel dengan erat. Dia mengarahkan Ariel untuk diam. Dia membuka pintu sedikit untuk memerhati keadaan luar.
"Tak ada orang pun." Baekbom menutup pintu. Ariel mengeluh. Dia merapikan pakaiannya.
"Dahlah. Saya takutlah kalau orang tangkap kita macam mana?" Baekbom menenangkan Ariel. Dia mengusap pipi kekasihnya itu.
"Jangan risau. Kat sini tak ada orang, ada kita je."
"Tapi kemungkinan untuk tertangkap pun ada juga." Ariel mengeluh.
"Habistu? Kita boleh jumpa dekat sekolah je sayang." Baekbom memeluk Ariel dengan lebih erat sebelum mengucup bibir Ariel sekilas.
"I know but I'm scared."
"I'm with you, dear."
"Janji tau jangan tinggalkan saya." Ariel memandang tepat wajah kekasihnya. Baekbom tersenyum lalu mengangguk.
"Tak. Saya tak tinggalkan awaklah sayang. Awak janganlah overthinking macam ni." Ariel mengangguk.
"I love you, Baekbom."
"I love you more my dear."
Ariel menghalang Baekbom dari terus menciumnya. Dia bangkit dari pangkuan Baekbom.
"Nak pergi mana??" Baekbom memegang tangan Ariel.
"Nak pergi tandas, waktu rehat dah nak habis. I have to cover this marks." Ariel menjeling Baekbom dan terus menuju ke tandas. Baekbom tertawa kecil dan membiarkan sahaja Ariel pergi.
Baekbom dan Ariel merupakan pasangan kekasih. Mereka dikenali pasangan yang serasi di sekolah itu. Namun tiada sesiapa yang mengetahui kegiatan rahsia mereka.
***
"So, you nak markah yang mana?" Minho membiarkan Aria duduk di kerusinya sambil meneliti setiap kertas peperiksaan.
"You rasa mana yang tak obvious kalau I tukar kertas dia dengan I?" Minho mendekati Aria dan menolak satu kertas peperiksaan pada Aria.
"Mayra? Hmm bagus juga. I rasa dia tak ada perasan pun." Aria tersenyum apabila melihat Minho terus menukarkan kertas dan markahnya menggunakan markah dan kertas Mayra.
"Dah settle, jadi macam mana?" Minho mengangkat keningnya.
"No! Minggu depan akan ada quiz. I nak you jadikan I as winner. I nak menang tempat pertama." Minho tergelak sebelum mengelus rambut Aria.
"Easy dear but you know you should repay all of this right? " Aria mengangguk.
"Macam tak biasa. No need to remind me. I know what should I do to repay you."
"Baguslah, nanti ikut I pergi bercuti hujung minggu ni."
"Ok, boleh."
"Your parents?"
"Nanti cakap je ulangkaji dekat rumah kawan. They don't mind." Aria bangun dan memeluk leher Minho sebelum mencium bibir gurunya itu.
Aria seorang pelajar yang luarnya kelihatan pintar namun semua kejayaannya adalah hasil dari kerja kotornya. Menukarkan markah dan keputusan sesuatu pertandingan adalah kebiasaan baginya untuk mendapatkan nama yang baik di sekolah itu.
***
"Aik, perempuan lain pula ke?" Tanya Ricky setelah bertembung dengan gadis yang tidak dikenali sebaik sahaja masuk ke dalam bilik lepaknya bersama Jinhyun.
"Macam kau sorang je bertukar perempuan." Ricky menyembur pewangi bilik apabila melihat Jinhyun merokok di dalam bilik itu.
"Nah roti kau. Maaflah lambat. Aku pergi try budak baru tadi." Jinhyun mengangguk dan memakan roti tersebut.
Ketika mereka seronok berborak, tiba-tiba seorang gadis masuk ke ruangan mereka.
"Jinhyun." Ricky ketawa apabila melihat figura tersebut.
"Weh Jinhyun, kau tak putus lagi ke dengan si Natty ni? Ke kau suka perempuan selekeh macam ni?" Jinhyun menjeling Natty dan menepis tangan gadis itu apabila Natty mula memegang tangannya.
"Kau nak apa perempuan? Kita dah putus."
"Jangan macam ni Jinhyun. Kan awak cakap awak sayang saya."
"Siapa sayang kau? Aku tak pernah sayang kau pun."
"Jinhyun, saya mengandung. Tolonglah jangan macam ni." Jinhyun gelak sinis sebelum menarik rambut Natty.
"Kau ada nampak aku macam kisah ke? Pandai-pandai kau lah!" Jinhyun melemparkan sejumlah wang pada Natty.
"Buang je budak tu. Tak payah nak menyusahkan aku." Jinhyun mengheret Natty keluar dari ruangan itu.
"Jinhyun, kau cakap nak berubah. Tapi apa ni? Kan kita nak mainkan hati perempuan je." Ricky memandang Jinhyun dengan pandangan yang tidak puas hati.
"Bosan, apa guna permainkan hati saja? Alang-alang dorang dah bodoh, ambil jela kesempatan."
"Aku ingat dah berubah lepas kau belasah Minju sampai budak keguguran haritu."
"Buat apa? Itu masalah dorang, bukan aku. Dorang yang serah diri."
"Tapi kau pun melayan juga! Dah la Jinhyun, lama-lama kau boleh tertangkap macam ni. Kau berhentilah buat macam ni kat anak orang." Jinhyun memutarkan anak matanya apabila diceramahi Ricky.
"Tak payah nak nasihat aku. Kau pun sama je, permainkan perempuan-perempuan tu."
"Tapi aku permainkan hati je. Bukan main badan sekali macam kau!"
"Dahlah! Kau blah la semak aku!" Jinhyun menumbuk Ricky dan merengus. Ricky bangun dan membalas tumbukan Jinhyun.
"Malas aku hadap manusia macam kau ni! Berambus sana kau! Pape jadi jangan cari aku la sial!" Ricky terus keluar dari ruangan itu dan menghempas pintu.
***
"Moon Mayra?" Jinyoung memerhati wajah Mayra yang kelihatan marah.
"Aku tak suka kekacauan yang berlaku! Sekolah ini langsung tak selamat dan suci lagi!" Jinyoung menelan liur apabila melihat Mayra mulai mengamuk. Dia bimbang jika figura di hadapannya itu melakukan sesuatu yang buruk.
"Sekolah merupakan tempat yang suci dan.. Tak ada seorang pun yang berani memperbetulkan keadaan ini. Aku ingin bagi pengajaran pada murid-murid tersebut!" Jinyoung mengangguk faham.
"Baik, jadi awak nak permainan itu diadakan lagi?" Mayra mengangguk.
"Aku tak mahu murid-murid itu terus mengakibatkan kekacauan dan melakukan kerja kotor di sekolah ini. Aku tak izinkan mereka berbuat demikian di sekolah aku!!" Suara Mayra mulai garau. Jinyoung mengangguk sekali lagi.
"Baiklah. Mereka akan menyertai permainan itu dan diizinkan untuk diberi pengajaran sepanjang permainan itu berlaku." Jinyoung segera melihat laporan yang ditulis oleh Mayra. Laporan yang mengandungi nama murid-murid dan kesalahan yang dilakukan.
"Aku mahu permainan itu dilakukan dengan kadar segera." Arah Mayra sebelum menghilang. Jinyoung mengeluh.
"Nasib koranglah. Aku memang tak boleh nak bantah arahan penunggu sekolah ini." Jinyoung memicit dahinya, stres dengan keadaan ketika ini. Dia tahu jika permainan ini berlaku, kemungkinan untuk selamat adalah tipis.
"Jake Sim, kemari." Arah Jinyoung. Tidak lama kemudian Jake ke ruangan Jinyoung.
"Kau ingat tentang sejarah sekolah ini?" Jake mengangguk.
"Kisah sekolah ini dibina oleh seorang wanita yang memperjuangkan martabat Korea dan pendidikan. Namun akibat dari rusuhan, wanita tersebut dan anaknya mati ketika mempertahankan sekolah itu dari dimusnahkan. Akibat dari itu, sekolah ini dijaga oleh anaknya." Jinyoung mengangguk.
"Dan anaknya sudah menyamar sebagai salah seorang dari pelajar sudah selama 700 tahun. Kau tahu permainan yang aku ceritakan pada hari itu?"
"Ya tuan."
"Anaknya mahu lakukan permainan itu. Aku lantik kau untuk bantu mereka. Kalau boleh, aku tak mahu ada jiwa yang terkorban lagi. Sudah ratusan jiwa terkorban akibat permainan ini." Jake terkejut dengan permintaan pengetuanya.
"Baiklah tuan..." Jake menerima tugas itu dengan berat hati.
Apakah nasib yang menanti mereka nanti??
T B C
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro