Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 40

Semenjak kejadian yang terjadi tempoh hari, hubungan antara Nicholas dan Irdina semakin dingin. Nicholas cuba memujuk, namun sama sekali Irdina tidak ambil endah atas penjelasannya.  Keluhan paling berat dilepaskannya, kebelakangan ini Irdina rasa hidupnya serba tak kena aje. Adakah kerana dia tidak memaafkan Nicholas?

"Kau okay Dina?" soal Ain prihatin. Kini punggungnya dilabuh duduk di atas Dedon Tibbo Armchair.

"Aku okay." Air mata diseka lembut.

"Kalau okay, kau takkan menangis macam sekarang. Kenapa ni? Kau okay?" 

"Macam mana kau boleh masuk dalam rumah aku?" soal Irdina mengubah topik perbualan mereka berdua. Menggeleng Ain dengan sikap degil kawan baiknya itu. Tahulah Ain, Irdina tak ada mood nak cakap hal rumah tangganya.

"Suami kau yang call aku, ajak aku datang sini." Berlapis dahi itu berkerut. 

"Macam mana dia dapat nombor telefon kau?" 

"Anak buah Nico mintak nombor telefon aku haritu." Irdina mengangguk. Nafas lega ditarik, asyik fikir hal negatif aje. Susah jugak bila overthinking ni, sampai kesudah pun takkan habis.

"Kau fikir Nico curang dekat kau ke?" Anak mata Irdina melirik pada Ain.

"Kau tahu hubungan antara aku dan Nico?"

"Aku tak tahu, tapi mengenangkan apa yang berlaku minggu lepas..." Ain angkat bahu.

"Aku rasa kau dan Nico adalah suami isteri...." Suaranya sengaja dileret, dehemen dibunyi sekali.

"Ada apa-apa yang kau nak bagitahu aku ke?" Irdina tarik nafas sedalamnya-dalamnya.

"Aku dan Nico ditangkap basah..." Muka terkejut Ain dikerling sekilas.

"Semuanya rancangan daripada Nico." Nafas ditarik, cuba mendapatkan kekuatan untuk terus berbicara.

"Aku cuba terima perkahwinan antara aku dan Nicholas. Opah selalu cakap, setiap yang terjadi dalam hidup ada hikmah dan aku percaya.... perkahwinan antara aku dan Nicholas ada hikmah disebalik yang terjadi." Air salivanya ditelan payah.

"Aku cuba positifkan diri aku, sampailah..." Senyum pedih diukir.

"Sampailah aku dapat tahu kebenaran yang sebenar." Berlinangan air mata Irdina keluar.

"Maksud kau? Kebenaran apa?" Belakang Irdina diusap beberapa kali.

"Kebenaran yang suami aku adalah pembunuh." Bulat mata Ain. Ya Allah... pembunuh?

"Suami kau bunuh siapa?"

Tak henti air mata Irdina dari mengalir. Mengapa semua ini terjadi ketika cinta dan sayang kian tersemai dalam hatinya?

Allah....

Tolong aku....

"Bagitahu aku Dina, siapa yang suami kau bunuh!" desak Ain.

"A-atuk....dan o-opah a-aku."

Kendur bahu Ain, muka Irdina ditatap sesaat sebelum tubuh kawan baiknya itu didakap erat. Terhinjut bahu Irdina kerana menangis. Air mata juga lebat persis air hujan yang tiada tanda untuk reda.

Allah....

"Patutlah kau layan suami kau acuh tak acuh, ini sebabnya?" Irdina mengangguk sayu.

"Aku tak boleh lupa perbuatan suami aku. Setiap kali aku tengok muka dia, aku akan terbayang kematian opah dan atuk aku. Aku tak boleh maafkan dia, Ain.... aku tak boleh...." lirih suara itu diungkapkan.

"Tapi Dina, sejahat mana pun dia, Nicholas adalah suami kau yang sah. Kau tak boleh layan dia acuh tak acuh macam ni..." sambil bercakap belakang badan Irdina digosok.

"Syurga kau di bawah telapak kaki Nicholas. Kalau Nicholas tak redha setiap perbuatan kau dekat dia, kau boleh masuk neraka tau. Kau tak takut dengan pembalasan Allah?"

Irdina diam. Memilih untuk mendengar, kerna tika ini fikirannya penuh memikirkan Nicholas. Irdina buntu sama ada perlu memaafkan ataupun tidak.

"Baik kau mintak maaf sebelum terlambat, karma Allah boleh jadi bila-bila masa aje, jangan sampai kau pulak yang akan dilayan teruk persis sama seperti apa yang kau buat dekat Nicholas sekarang." Air liur ditelan sekali. Tak berkelip matanya menatap Ain, adakah benar apa yang Ain katakan?

"Bagaimana dengan keadilan opah dan atuk aku?"

"Keadilan apa lagi Na? Kau mempersoalkan hal keadilan sedangkan Nicholas sendiri tak dapat keadilan untuk dirinya."

"Apa maksud kau, Ain?"

"Aku kenal kau dah lama. Aku tahu, pasti kau takkan dengar penjelasan dari Nicholas. Kau degil! Kau takkan sesekali bagi peluang sebab kau rasa kau aje yang betul. Iya tak?" Irdina mengetap bibirnya.

"Nicholas penipu."

"Mana kau tahu suami kau penipu? Huh? Kau ada siasat apa yang dia cakap betul atau tak? Ada?"

"Kenapa kau nak bela suami aku berbanding aku? Aku atau Nicholas kawan baik kau sebenarnya?" Berang, Irdina menaikkan suaranya. Berasap betul hati nak hambur marah pada Ain. Sakit hati!

"Aku tak bela sesiapa dalam hal ni. Aku cakap berdasarkan apa yang aku fikir. Kau isteri Nicholas, takkan kau tak kenal macam mana perangai suami kau? Cara layanan pun, kau dah boleh baca macam mana sayangnya dia dekat kau. Hubungan kau dan Nicholas tak akan berbaik semula selagi kau dan Nicholas tak berbincang."

"Nak bincang apa lagi? Tak ada lagi hal yang perlu dibincangkan. Semuanya dah diselesaikan, tunggu aku dan Nicholas bercerai aje. Senang!" Angkuh sekali Irdina. Menggeleng Ain dengan tingkah sahabat baiknya itu.

"Sekarang, mungkin kau tak rasa kehilangan. Tapi bila Nicholas pergi dari hidup kau, barulah kau tahu permata yang kau buang sangat berharga dari ego kau yang tinggi melangit tu!" Sedas Ain bagi tembakan padu, benar-benar menusuk ke dalam hatinya. Senyum angkuh itu kian pudar diganti dengan raut wajah kerisauan yang tiada ganti.

"Kenapa kau nak risau? Kau tak suka Nicholas kan? Lebih baik tunggu aje waktu kau dan dia bercerai, mungkin lepas kau dah lepaskan Nicholas...." Senyum sinis Ain melebar.

"Ada perempuan lain yang akan menjadi perampas? Atau lebih tepat perempuan yang kau jumpa dalam restoran haritu." Ain angkat kedua alisnya.

"Kau tak rasa macam tu ke?"

"Apa kau cakap ni Ain? Kau jangan cakap yang kau nak rampas suami aku."

"Sejak bila perkataan 'rampas' tu wujud? Sedangkan kau dan dia akan bercerai, so... kau dan dia dah tak ada apa-apa ikatan, boleh sangat Nicholas kahwin dengan orang lain." Penumbuk digenggam kuat. Kurang ajar!

"Aku takkan ceraikan suami aku! Nicholas hak aku, tak ada sesiapa yang boleh rampas dia daripada aku!" Ain ketawa sinis.

Tahu takut? Tadi kemain cakap besar nak bercerai, sekarang dah sayang ke? Huh!

"Aku nak ingatkan kau satu benda," Tangannya disilang, acah-acah diva mukanya dipamer.

"Jangan terlalu selfish, setiap manusia ada salah dan silap. Tak perlu kau nak ambil kerja Allah. Cukup Allah yang hukum suami kau kelak, dengarlah penjelasan Nicholas. Meski aku tak tahu apa yang terjadi, aku yakin Nicholas tak bersalah. Dari cara layanan dia dekat kau, aku nampak ketulusan dia." Nafas ditarik senafas.

"Lain kali, kenal seseorang dengan...." Tangannya dilekap pada dada Irdina.

"Hati." Dada itu ditepuk beberapa kali.

"Sebab hati manusia tak sama, kadang kau nampak dia manusia yang paling sempurna. Tapi di belakang?" Kedua bahunya diangkat.

"Aku tak tuduh sesiapa, tapi adatlah.... dalam kehidupan, pasti ada manusia yang cemburu dan iri hati." Irdina senyum sikit. Tangan sahabat baiknya ditindih.

"Terima kasih untuk setiap nasihat kau, aku hargai sangat-sangat."

"Aku tak nak ucap sama-sama." Berkerut hebat dahi Irdina.

"Habistu?"

"Aku nak kau baiki hubungan kau dengan Nicholas dulu, barulah aku akan berbaik dengan kau."

"Sekarang kita tak berbaik?" Ain menepis tangan Irdina.

"Tak." Irdina ketawa kecil. Marah macam tak marah aje si Ain ni.

"Kena berbaik dululah ni?" Ain mengangguk.

"Mestilah, aku tak nak tengok kau murung lagi. Sayang tapi tak nak mengaku!" Ain buat muka. Boleh pulak si Dina ketawakannya. Hempuk baru tau!

"Aku mana boleh mengaku, malulah!"

"Nak malu apa kebenda kau ni? Kau dan dia dah sah jadi suami isteri, bukannya baru couple. Rumitlah kau ni!" Untuk entah kali keberapa Ain menggeleng.

"Yelah, aku mengakulah esok-esok."

"Ikut kaulah, aku nak balik dulu. Bye!"

"Eh? Nak balik dah? Staylah sini, aku nak borak lagilah dengan kau."

"Takde-takde, berbaik dulu." Irdina terkekeh ketawa melihat pemergian sahabat baiknya itu. Semoga dengan perubahannya ini akan memulihkan keadaan kembali.

Ting!

Abang pergi outstation seminggu, ada emergency panggilan dari Jordan untuk abang tadi. Babygirl jaga diri dekat sana. Abang cuba buat kerja cepat-cepat demi babygirl, baru naik kapal terbang dah rindu. Haih...-My Husband

Terkutik senyum senang di bibir, jarinya menari bahagia menaip mesej untuk sang suami. Namun, mengingat rancangannya mesej mesra yang ingin dibalas itu dipadam semula diganti dengan mesej serupa tiada perasaan.

Okay, saya harap awak jaga diri dekat sana- My darling

Teruja yang dirasainya merudum jatuh. Wajahnya mendung tiada senyuman, keluhan berat dilepaskan.

Kenapa babygirl tak excited balas mesej abang? Babygirl memang dah tak sayang abang?-My husband

My darling typing....

Tak -My darling

Dang!

Sakitnya menerima balasan ringkasan itu. Ringkas dan menyakitkan. Mukanya diraup kasar, tak nak ambil pusing. Akhirnya Nicholas ambil keputusan untuk tidur saja.
Sungguh mental dan fizikalnya penat hari ini, penat memikirkan hubungan mereka berdua, juga kerana fizikalnya tidak cukup rehat, manakan tidak, makan dan minumnya tidak terjaga gara-gara kerja yang berlambak.

Dulu, tak adalah macam ni. Tapi semenjak Irdina makin menjauh, hidupnya dah tak tentu arah, semuanya kosong tak ada erti. Mungkin kerana rindu? Maybe...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro