Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 31

Fail dihempas di atas kerusi sebelah, mukanya disembam pada stereng kereta. Tak sangka rezekinya tak ada hari ini. Penat menjelaskan itu ini tapi ditolak mentah-mentah. Atas alasan, orang lain telah berganding bahu untuk syarikat mereka.

"Tak cantik ke design pejabat yang aku buat? Aku rasa dah perfect semua, atau diorang aje yang rabun mata tak nampak?" setepek Irdina bagi. Betul-betul marah tu.

Decitan keluar dari bibir apabila nada dering telefon miliknya kedengaran. Skrin telefon ditatap, bulat matanya melihat nama Wan. Sepupu kesayangannya yang paling sporting. Teruja, panggilan itu diangkat.

"Assalamualaikum,"

"Waalaikummusalam Beautiful..."

"Kenapa panggil Dina, Beautiful? Dari dulu lagi, suka sangat panggil dengan gelaran tu. Tak cantik tahu tak?" Mulutnya dimuncung. Sengaja buat-buat merajuk. Dah lupa agaknya titlenya sebagai seorang isteri.

"Kenapa? Tak boleh ke nak panggil beautiful? Bukan dari dulu ke panggilan tu yang abang guna."

"Dina dah kahwin abang, mana boleh abang panggil Dina macam tu."

"Huh? Dah kahwin?"

Wan kerling Pun Juita. Mukanya terkejut sekali mendapat berita ini. Apa yang berlaku sebenarnya? Macam mana Irdina boleh kahwin?

"Panjang ceritanya abang, Dina malas nak cerita hal yang tidak perlu. Membazir masa dan tenaga aje, cukuplah atas semua yang terjadi. Dina dah malas nak fikir."

"Boleh abang tahu kenapa Dina boleh kahwin? Setahu abang, Dina tak pernah serius dengan apa-apa hubungan. Abang kenal Dina macam mana, Dina lebih suka fikir masa depan sendiri berbanding lelaki."

"Dina tak nak bagitahu hal sebenar, bagi Dina ia terlalu privasi. Cukuplah abang tahu yang Dina tak bahagia dengan perkahwinan ini." Bibirnya digigit. Benarkah tidak bahagia sedangkan layanan Nicholas padanya begitu lembut. Tak ada kasar walaupun sekali.

Benarlah,

Apabila kejahatan dilakukan sekali, kebaikan hilang begitu saja. Kejamnya dunia, permata dibuang malah kaca juga diambilnya.

"Seriuslah Dina tak nak bagitahu abang? Abang sepupu rapat Dina kut, takkan benda macam ni nak berahsia dengan abang?" sedih suaranya. Menagih jawapan dari soalan yang didengarinya.

"Sorry abang, Dina tetap dengan keputusan sendiri. Dina takkan bukak cerita hal rumah tangga Dina. Biarlah masalah ini semua Dina handle sendiri, tak perlu orang lain untuk masuk campur." Sedikit tegas suaranya.

"Abang risaukan Dina, macam mana kalau-kalau Dina dipukul suami sendiri? Abang tak nak benda tu berlaku dekat sepupu kesayangan abang, Abang nak lindungi Dina. Sentiasa ada di sisi Dina, Dina faham maksud abang kan?"

"Dina isteri orang, tak patut abang layan Dina macam ni." Abang Wan ketap gigi geram.

"Apapun yang terjadi pada rumah tangga Dina, tak perlu abang ambil tahu. Biar Dina dan Nicholas yang selesaikan sendiri hal kami berdua." Tersentap Wan mendengarnya. Nasihat lembut itu bagai duri yang menyakiti dirinya. Sakit sekali untuk menerima.

"Oh, Nicholas?" Abang Wan ketawa palsu, sakit dalam hati ditahan.

"Baik, abang terima keputusan Dina. Abang takkan tanya apa-apa tentang rumah tangga Dina, tapi...." Kepalanya ligat memikirkan alasan yang bernas untuk bertemu Irdina.

"Tapi apa?"

"Abang nak jumpa Dina. Abang dah lama tak bercakap dengan Dina macam dulu-dulu. Abang rindu nak keluar jalan-jalan makan aiskrim dan berborak kosong dekat pantai macam dulu-dulu." Abang Wan mengeluarkan idea bernas. Teruja nak jumpa Irdina.

"Erm...." Serba salah Irdina nak keluarkan kata.

"Kenapa? Suami tak bagi keluar dengan abang? Atau Dina dah tak nak jumpa abang atas alasan dah kahwin? Macam tu?" soal Abang Wan sedikit naik suaranya.

"Kenapa abang nak marah Dina? Apa salah Dina? Jangan call Dina semata-mata nak marah, tak ada guna! Tahu tak?!" Naik seoktaf suara Irdina. Marah betul pada lelaki itu. Orang dahlah tengah frust sebab kerja dan sekarang Abang Wan seperti menambahkan lagi bebannya.

"I am sorry beautiful...."

"Apa sorry-sorry? Jangan panggil saya beautiful sebab saya bukan beautiful awak!"

"Okay fine, abang janji takkan marah-marah Dina. Abang minta maaf. Abang terlalu emosi memikirkan kehidupan Dina bersama suami. Mana tahu tiba-tiba abang dapat berita Dina dipukul teruk oleh suami sendiri atau mungkin Nicholas sengaja nak main-main dengan perasaan Dina. Itu sebabnya perkahwinan ini terjadi." Hasut Abang Wan. Sesuka hati buat cerita, sengaja niatnya nak musnahkan masjid suami isteri itu.

"Tak baik awak buat cerita macam ni, awak sedar tak status saya sebagai isteri orang? Awak tak perlu fikir pasal saya, tak penting pun."

"Kau sepupu kesayangan aku, salah ke aku ambik berat hal sepupu aku sendiri?" Abang Wan putar belitkan kebenaran.

"Tak salah abang..."

"Habistu? Kenapa komen itu ini bila abang ambik berat hal Dina?"

Irdina diam dalam talian. Abang Wan senyum sinis. Rancangannya akan bermula tidak lama lagi dan dia akan pastikan semuanya berjalan lancar.

"Abang jangan salah faham, Dina tak nak abang anggap Dina lebih daripada sepupu. Itu aje." Sepertinya ada duri saja yang menyucuk dirinya tika ini. Sakitnya mendengar pengakuan dari mulut Irdina sendiri. Telefon dalam pegangannya digenggam kuat. Geram!

"Mana ada, abang anggap Dina tak lebih daripada seorang sepupu." tipu Abang Wan.

Mukanya merah menahan amarah, hubungan mereka selalu retak tercetusnya dari luahan perasaannya pada Irdina. Kenapa sukar sekali Irdina untuk menerima cintanya? Ugh!

"Bukan dulu abang cakap, abang sayang Dina lebih daripada seorang sepupu?" Gigi diketap kuat.

'Kaulah yang bodoh tak nak terima aku, semua usaha aku untuk pikat kau adalah sia-sia. Kau takkan terima! Kau nampak aku cuma sebagai sepupu, itu aje!' monolognya Wan dalam hati.

"Dina minta maaf, hati Dina bukan untuk abang. Dina dah cuba buka hati untuk abang sebelum ni, tapi Dina tak boleh. Sorry, Dina tak bermaksud pun nak lukakan hati abang." Naik mendadak kemarahan Abang Wan.

Pantang baginya, bercakap hal yang telah berlalu. Kenapa perlu ungkit hal yang menyakitkan hati?

"Dina sengaja nak ungkit hal dulu untuk sakitkan hati abang kan? Nak malukan bila abang ingat balik hal dulu? Macam tu Dina?"

"Bukan, Dina tak ada niat langsung nak buat macam tu. Dina cuma ingatkan abang aje, perasaan Dina takkan berubah untuk abang. Walaupun abang cuba nak tackle Dina sekalipun."

"Suka hati Dinalah, abang dah tak nak ambik peduli. Lepas ni kita tak perlu jumpa atau bercakap macam dulu-dulu sebab abang tak diperlukan pun. Dina bukannya suka abang, Dina benci abang."

"Abang Wan, bukan macam tu..."

"Habistu macam mana? Sudahlah, tak suka cakap ajelah. Abang tak peduli langsung!"

"Maafkan Dina, Dina tak bermaksud apa-apa....Dina...."

"Cukuplah Dina, abang tak nak dengar apa-apa lagi dari Dina. Cukup!" Irdina mengeluh berat.

"Apa yang boleh Dina lakukan untuk mendapatkan kemaafan dari abang Wan?" Abang Wan senyum meleret. Ini yang dia mahukan sebenarnya.

"Dina pasti ke boleh tunaikan permintaan abang?" Spontan alis itu terjungkit naik.

"Permintaan apa tu?" perlahan suara Irdina. Takut permintaan bukan-bukan dari Abang Wan.

"Keluar dengan abang esok boleh?"

"Erk..."

"Tak nak? Huh? Cakap ajelah tak nak jumpa abang, tu pun susah nak jujur?" sinis lelaki itu berkata.

"Fine, kita jumpa esok."

"Abang bagi location, jumpa dekat sana."

Tut.

Irdina pejam mata sesaat, telefon digenggam kuat. Sakit hati bercakap dengan Abang Wan, selalu nak merajuk tak tentu pasal. Tak matang langsung perangai sejak dulu sampai sekarang. Bunyi deringan telefon kedengaran, meski amarahnya masih bersisa tetap jugak suaranya dilembutkan.

"Assalamualaikum..."

"Waalaikummusalam, Cik Irdina."

Kejap, ni bukan suara orang yang aku....

"Saya terima design Cik Dina untuk pejabat saya, Cik bolehlah datang ke pejabat saya esok untuk keterangan lanjut." Hampir Irdina nak menjerit. Terujanya!

"Alhamdulilah....terima kasih, saya akan buat yang terbaik untuk design kali ini. Terima kasih sekali lagi Encik, atas penerimaan ini." Gelak halus dari Encik Johan kedengaran dalam talian.

"Cik sepatutnya berterima kasih pada Tuan-" Nasib tak terpacul nama lelaki yang memujuknya itu. Jika tidak, habislah dirinya.

"Tuan?"

"Saya tersalah sebut nama anak saya, Tuan Khairi...." Dahi ditepuk, nasib tak tersasul nama pemujuknya tadi.

Irdina anggukkan saja meski terbit rasa ingin tahu membuak-buak apa yang Encik Johan mahu katakan tadi. Sepertinya ada sesuatu yang lelaki tua itu sembunyikan darinya tapi kenapa tak nak diberitahu?

"Anak Encik Johan nama Tuan Khairi?"

"Yup," Bersungguh Encik Johan menipu.

"Saya perlu pergi sekarang, ada sesuatu yang perlu saya sudahkan."

Tut.

"Eh? Macam tu je?" soal Irdina aneh. Bahunya diangkat, biarlah. Asal design yang aku buat telah diterima. Alhamdulilah...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro