Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2016 part 11

Azlan

Ini kali entah keberapa aku ke London. Entah kenapa semua ahli politik Gelanggayu seolah-olah wajib ke London. Macam ada satu tenaga mistik kat sini.

Tujuan aku melawat ni ialah bertemu dengan Ali, dan memujuk Ali untuk berhenti buat semua ni. Tapi pertamanya, aku kenalah lawat Perdana Menteri, Theresa May terlebih dahulu serta beberapa pegawai MI6.

Memandangkan lawatan ni pun tak official, jadi tak adalah sambutan negara. Baguslah, aku tak nak kehadiran aku kat London kali ini jadi kecoh, sebab aku kena bertemu dengan Ali secara rahsia. Tapi aku ada backup jika sekiranya berlaku apa-apa kepada aku.

"Alan, kau memang tak nak ke duduk kat Istana Presiden tu kalau kau jadi Presiden?"
"Aku tak nak jadi Presiden."
"Hah?"
"Kalau aku jadi Presiden, aku dah tak boleh gubal akta lagi."
"Tapi kan, Presiden yang approve akta?"
"Ya, tapi ada beza antara orang yang berfikir, bentang dan cadangkan, dengan orang yang hanya jadi tukang cop. Aku tak berminat jadi tukang cop."
"Perdana Menteri?"
"Pun aku tak nak. Aku nak sekarang ni, jadi status quo."
"Pelik la strategi politik kau ni. Dari cara hidup kau ni dah macam pemimpin negara. Tapi kau tak nak jadi pemimpin negara."

"Hello, Azlan! Welcome to London!" kata Theresa May. Perbualan aku dan Merlina terus terhenti.

--

Perbualan aku dan May sudah pastilah berkisar tentang Brexit. Sejak kemenangan pihak Leave dalam referendum, banyak pelabur telah hilang keyakinan dengan UK.

Merlina beritahu aku yang ramai HQ Europe yang based kat London merancang akan berpindah ke Dublin, kerana Ireland masih dalam EU.

Ireland ni digelar Celtic Tiger, berdasarkan pencapaian pertumbuhan GDP sejak 1980an sampai 2000an yang agak pantas.

Sehinggalah krisis ekonomi dunia 2008, tapi sekarang dah rancak balik. Tambah pula sejak Brexit ni, makin mencanak-canak sektor hartanah di Dublin.

Theresa May minta syarikat Gelanggayu untuk kekalkan pelaburan terutamanya di London dan cuba yakinkan aku dan Merlina untuk keadaan ekonomi UK pasca Brexit.

Tapi Merlina pun kecilkan Merlin UK, dan pindahkan aset UK ke Merlin Ireland di Dublin.

Aku dapat rasakan selepas dari referendum ini, politik Britain akan jauh berubah. Dan walaupun referendum Scotland menyaksikan kekalahan kepada pro-merdeka, getah yang Ali buat memang masih ada sampai sekarang.

Sekarang aku faham kenapa Pengetua bagi Ali tugas dirty work dan street smart sejak kecil lagi, dan aku buat kerja book smart dan lebih kepada memahami struktur politik.

Dan ramai yang menjadi mangsanya. Thaksin, Izham, Hosni Mubarak, Ben Ali, dan David Cameron. Nama Presiden Kyrgyzstan tu aku tak bother nak google.

Perbualan sekejap, kemudian Merlina pula interview selama 15 minit, sebelum dia kembali ke pejabatnya, dan aku berjalan-jalan dengan Merlina di London.

Dalam pada yang sama, pihak MI6 ada bercakap dengan aku tentang masalah besar yang bakal dihadapi oleh Putera Charles bila Ratu Elizabeth II mangkat nanti.

Masalah utama ialah akan berlakunya gerakan republikanisme di Commonwealth Realms.

Buat yang tak faham dengan sistem Commonwealth Realms, ada 15 buah negara selain United Kingdom yang mengiktiraf keluarga Windsor, yang kini dipimpin oleh Ratu Elizabeth II sebagai ketua negara.

Antara negara-negara tersebut ialah Australia, Kanada, Papua New Guinea, Jamaica, New Zealand, dan negara-negara ini walaupun mempunyai kerajaan yang berbeza dengan United Kingdom, tapi mengiktiraf keluarga Britain ini sebagai ketua mereka.

Selain itu, wilayah tanah jajahan macam Gibraltar, Turks and Caicos Island, Falkland Islands, Cayman Island dan banyak kepulauan lain juga diperintah oleh keluarga Windsor ini.

Cuma Putera Charles tidak ada karisma seperti Ratu Elizabeth II. Dan satu hari nanti, Ratu Elizabeth akan mangkat juga.

Pihak MI6 cuba nak mengawal sentimen republikanisme ini, namun disebabkan MI6 sendiri sedang berdepan dengan banyak krisis seperti di Crimea dan berdepan dengan ISIS di Syria, maka mereka meminta Sayap Kuning membantu mereka, memandangkan Sayap Kuning telah banyak membantu Britain dari zaman George III kehilangan Amerika Syarikat dan menjadi gila.

Lagi pula Sayap Kuning ada jasanya dengan Baginda Ratu apabila datuk Adilah, iaitu Tan Sri Sir Wan Husin pernah membantu MI6 menyelamatkan Britain dari ancaman bom nuklear dari Soviet Union.

Dalam situasi sekarang, aku tak boleh bercakap bagi pihak Sayap Kuning, sebab Sayap Kuning walaupun telah berpecah, secara defacto masih lagi ketuanya Wan Radzi dan Adilah.

Tapi inilah kesempatan aku untuk menyatukan mana ahli Sayap Kuning yang setia kepada aku sebagai wakilnya.

Aku tahu kenapa MI6 tidak mahu deal dengan Wan Radzi dan Adilah secara terus. Sejak Wan Radzi dan Adilah kantoi oleh CIA bekerjasama dengan al-Qaeda, kemudiannya bekerjasama dengan Rusia dan kini bekerjasama dengan Kwantong membuat supervirus, MI6 rasa dua orang ini tidak boleh dipercayai.

Namun aku yakinkan kepada mereka yang ramai ahli Sayap Kuning yang dah ikut aku, dan aku akan consolidate semua kuasa itu kepada keluarga Wan Demang yang mengikut cakap aku.

Walaupun aku di media luar terkenal dengan retorik Melayu kanan, tapi pembesar-pembesar Barat ni kenal aku ni anak emas Pengetua. Jadi mereka ni lebih rela bekerjasama dengan aku sebab aku ni datang dari aliran Jeneral Yahya.

Bahkan jam tangan arwah ayah yang belakangnya ada logo Freemason ini juga adalah tanda aku boleh masuk ke Freemason Hall dan teruskan sahaja hubungan Gelanggayu dengan negara-negara Barat macam mana Jeneral Yahya buat. Aku je yang tak nak, sebab aku tak rasa aku patut ikut jejak Jeneral Yahya.

Jadi aku yakinkan kepada pihak MI6 yang aku akan hapuskan Wan Radzi, dan aku akan jadikan Sayap Kuning ini pro kepada Barat, agar Sayap Kuning ini kembali dipercayai lagi.

Dan tentang gerakan republikanisme itu, aku cuma kata kepada mereka, pihak Gelanggayu akan gunakan kepakaran untuk mengawal subjek dari menyokong idea ini, dan terus menerima keluarga Windsor memerintah mereka, tapi aku berikan syarat.

Syaratnya, pihak aku, terutamanya Sayap Kuning, mesti ada akses kepada semua teknologi, maklumat dan kekuatan saraf perisikan MI6. In return, Sayap Kuning akan hapuskan gerakan republikanisme ini sebab ini memang kepakaran aku.

Lalu aku keluarkan tangan kanan aku bersiap dengan cincin zamrud Raja Gautama serta mereka nampak jam tangan warisan aku.

Mereka mengangguk dan bersetuju untuk aku membantu Putera Charles bila tiba masanya kelak.

--

Aku tak nak Merlina tahu tentang perbualan aku dengan Ali ni, jadi aku hanya pergi rumah Ali seorang diri. Aku tiba-tiba rasa badan aku macam dedar. Macam seram sejuk, tak sedap hati.

Ali menyambut aku dengan pelukan.

"Welcome to Highbury, my brother! Kau sokong je lah Arsenal. Tak payahlah sokong Liverpool ni."

Ali, bila dah bercakap pasal bola.

"Kau dari mana?"
"Istanbul. Ada mesyuarat OIC kat situ."
"Kau tak pergi ke stadium korang jadi juara tu? Buat kenang-kenangan?"
"Tak. Banyak kerja, Ali."

Ali duduk di kerusi sofa, kemudian keluarkan vape.

"Kau pun hisap vape jugak?"
"Kena berhenti la, Lan. Tahun depan aku 50 tahun. Tua dah aku ni. Aku nak berhenti ni."
"Sama la."
"Beli kat mana? Aku beli kat Shahmi."
"Sama la. Tapi Kecik yang belikan."

Ali jemput aku datang ni sebab hanya satu tujuan, untuk mendapatkan bukti kerja jahat Adilah dan Wan Radzi.

"Ali, aku nak tanya kau soalan, boleh tak?"
"Apa dia?"
"Kau rasa sampai bila kau nak buat kerja macam ni?"
"Dah cara hidup aku survive macam ni, Lan."
"Dah la tu. Fikirlah sikit. Bini kau ada dua, ada anak kau, Nilam. Bahaya lah. Kau tahun ni dah nak dekat umur 50 tahun. Kau tak lama lagi dah tua dah. Bagi je lah orang lain buat kerja macam ni."
"Kalau aku tak buat ni, kau juga yang susah nanti, Lan. Aku buat ni untuk kau. Sebab aku yakin, kau boleh makmurkan Gelanggayu. Tapi kalau ada pengacau dari negara penjajah dan kuasa imperialis ni, Gelanggayu takkan boleh makmur walaupun kau yang memerintah. Aku kena buat ni untuk pastikan kau berjaya. Abang mana yang tak nak tengok adik dia berjaya, Lan?"

Ali kemudian pasang video rakaman perbualan dengan Adilah semalam. Aku memerhatikan gerak badan dan mata masing-masing.

Adilah macam berharap yang Ali akan join geng dia, Pak Wan Radzi macam malas nak layan, Tan Sri Jabbar macam takut kantoi, Amir pulak dalam keadaan menghasut.

Strategi mereka ialah dengan menggunakan Tengku Ahmad untuk memberontak terhadap kerajaan. Untuk gerakkan balik monarki dalam negara. Aku nampak Amir seperti bersungguh-sungguh dalam hal ni.

"Mana kau kenal si Amir ni?"
"Masa aku kerja kat ladang Tok Aki."

Dah dapat dah macam mana ceritanya. Patutlah.

Sampai analogi pemain bola tu, aku dah dapat tangkap, Ali tetap mahu berpihak kepada aku. Ali menekankan soal kesetiaan dengan membandingkan pemain bola yang setia dengan kelab.

Aku terus peluk bahu Ali.

"Kau dapat tangkap analogi aku tu?"
"Ya, Ali. Aku faham."
"Bila aku cakap aku setia dengan kau, aku kotakan kata aku."

Aku mengangguk.

--

"Aku tau aku dah tak lama ni, Lan."

Lapan perkataan yang keluar dari mulut Ali yang mengejutkan aku.

"Ali, jangan cakap macam tu."
"Lan, kalau selama ni aku hidup dengan pistol, maka aku akan mati dengan pistol. Kau jangan bimbang, sikit pun aku tak libatkan kau. Tapi, apa yang aku buat ni, semuanya untuk kau."
"Ali, kalau kau takde, Ayam Hitam macam mana?"
"Ayam Hitam ni bukan untuk aku, Lan. Untuk kau. Aku buat ni semuanya untuk kau. Aku nak beritahu kau sesuatu."
"Apa dia?"
"Aku ada hadiah untuk kau."
"Hadiah?"

Aku tak faham apabila Ali hulurkan poster referendum Brexit 'Leave' pada aku.

"Apa ni?"
"Brexit ni sebenarnya hadiah aku untuk kau. Asalnya ini projek Tengku Hisham. Tapi dia nak buat benda ni sampai 40 tahun tak jalan-jalan. Elitis sangat. Macam mana nak bikin chaos?"
"Aku tak fahamlah, Ali."
"Apa yang kau tak faham?"
"Kenapa kau kata Brexit ni hadiah kau untuk aku?"

Ali tepuk bahu aku.

"Aku tanya kau soalan More Jutaria, kau jawab. Cuba teka, ada berapa pertubuhan gangster di seluruh United Kingdom?"

Aku angkat bahu.

"Aku tak tahu."
"4,500 pertubuhan gangster. Ada yang English, ada Scottish, ada Irish, ada Welsh. Yang imigran macam Jamaica, Brazil, Itali, Poland, Ukraine, Rusia. Gangster Melayu aku sorang je lah. Melayu yang datang UK ni semua skema, budak nerd masuk universiti."

Aku tak tau pulak kat UK ni ada banyak gangster. Tapi memikirkan London ni kota kosmopolitan yang pelbagai kaum dari banyak negara, tak terkejut pun.

"Daripada 4,500 tu, aku ada networking dengan lebih kurang 1,300 gangster kat sini sahaja. Tapi yang buat networking ni, aku banyak passing contact kat Fazrul. Sebab bab macam ni, dia pandai kawtim."

Ali pandang tingkap, yang menghala kat padang yang dahulunya padang bolasepak Arsenal.

"Bila aku mati nanti, mereka semua akan membalas dendam dan akan berperang dengan gangster yang sokong Pak Wan Radzi kat sini. Lepas tu pulak, lepas Brexit ni diluluskan di Parlimen, pelabur akan lari dari UK. Ekonomi akan jatuh. Hospital akan kekurangan pekerja. Gaji polis akan dipotong dan dikurangkan. Harga barang makin meningkat sebab kena bayar tarif EU. Kemudian movement kemerdekaan di Scotland, dan Irish reunification akan marak. Most of kawan-kawan aku ni, ramai dari Irish mafia."
"Jadi, Brexit ni akan buat huru-hara, dan kau kata ni hadiah kau untuk aku? Tak fahamnya aku."
"Anarchy in the UK, Lan! Anarchy in the UK! Sex Pistols hanya mampu menyanyikan lagu itu, tapi aku mampu melaksanakannya."

"Kenapa kau nak buat macam tu?"
"Dengan berpecahnya masyarakat Anglo Saxon di UK dan US, hegemoni mereka yang menguasai dunia sejak 1816 tu, dah berakhir. 200 tahun mat salleh ni pegang dunia! Kali ini, giliran Asia, dan kau pun tau kan, bila Trump ni menang nanti, dia akan lancarkan perang ekonomi dengan Kwantong? Selama ni semua modal pergi ke Kwantong. Dorang nak lari mana? Lari ke US? Nak pulak orang US kerja kilang? Mexico? Colombia? Jual dadah je lah dorang. Investors ni akan lari ke Dai Viet, Majapahit, Gelanggayu. Yang ni pandai-pandai kau la urus. Aku uruskan sampai sini."

Tiba-tiba ada seorang lelaki berbaju hitam menembak dari balkoni, dan pistol tu diacukan kepada aku. Dua das tembakan. Ali terus lindungi badan aku semasa ditembak.

Bodyguard Ali terus tembak lelaki tu tepat di dahinya.

"Ali! Weh!"

Aku nampak bahu aku berdarah.

"Ali, bangun!"
"Kebumikan aku sebelah ayah. Lailahaillallah, Muhammadarasullah!"

"Ali, bangun Ali! Ali!"

Tangan Ali yang menggenggam tangan aku, melemah dan terlepas.

"Panggil hospital sekarang! Shit!"

Aku terus menuju ke mayat pembunuh tu, dan aku buka topengnya.

Aku cam mamat ni. Dia ni bodyguard Amir.

Aku check last call dia. Aku nampak nama Amir Hamzah. Bodoh, kalau nak tikam belakang pun, janganlah buat kerja tak clean.

Ali kena tikam belakang dengan si Amir ni. Aku dah faham dah cerita dia sekarang.

Tangan aku terasa sakit sebab peluru yang ditembak itu terkena tangan kanan aku.

Aku hubungi Kapten Zaini dan memberitahunya aku dan Ali telah ditembak. Dengan segera mereka datang ke Highbury Square.

--

Tangan aku berbalut dengan anduh, dan duduk di bangku depan wad Ali. Aku hanya berdiam diri sahaja mengenang apa yang berlaku tadi.

"Weh, kau tak apa-apa ke?" Merlina berkejaran ke arah aku.
"Ada pengkhianat dalam geng Ali."
"Siapa weh, siapa?"

Aku keluarkan handphone pembunuh tu, dan aku tunjuk last call.

Merlina terkebil-kebil untuk menerima realiti hidup aku.

"Ali okay ke?"

Aku berdiri, kemudian merenung di tingkap. Aku nampak pihak media dah mula mengerumuni pintu hospital.

--

Ali tak dapat diselamatkan oleh para doktor. Aku terima kenyataan ini, tapi dalam keadaan yang marah. Tapi dalam masa sama, aku dah nampak perkara ni dah lama dah.

Satu hari nanti mesti ada orang akan tikam dia dari belakang. Dan hari inilah harinya.

Jeneral Firdaus telefon aku.

"Fidot, Bro Ali dah takde."
"Siapa punya kerja?"
"Kau tunggu aku sampai besok."

--

Hidayah dapat tahu berita sedih itu dari Jeneral Firdaus. Rozana, yang berdiri di sebelahnya, turut menangis.

"Aunty Dayah, mama, kenapa menangis?" tanya Nilam.
"Ayah dah tak ada. Dia kena bunuh."

Nilam tunduk. Dari dia kecil sampai besar, dia hanya dapat jumpa dengan ayahnya sekali sahaja. Untuk kanak-kanak berusia 8 tahun, menerima berita begini terlalu berat untuk dia tanggung.

--

Dalam private jet, Merlina terus memeluk aku.

"Aku lupa nak tanya kau, Jugra apa cerita? Aku terlalu sibuk hari ni."
"Kecik cakap cedera dia agak teruk jugak. Tapi tak teruk sangatlah. Kena operate."
"Okay, Jugra tak apa-apa kan?"
"Doktor kata lagi sebulan dia pulih la macam biasa."

Aku mengangguk, rasa lega. Tapi dalam masa sama aku tak boleh nak fokus semua perkara.

"Weh, Alan. Aku takut la macam ni. Sampai tembak-tembak ni? Kau dulu dah la kena tembak. Ni kena lagi."
"Aku kena lunaskan dendam ni, Mer. Untuk Ali."

Sampai macam tu sekali kau setia dengan aku, Ali. Sampai berkorban nyawa untuk aku.

Aku akan pastikan pemergian kau takkan sia-sia, Ali. Aku akan menuntut bela untuk kau.

--

Jugra yang sedang berbaring di katil hospital, didatangi oleh Kecik, Joni dan Lias.

"Jugra, kitorang nak maklumkan, daddy awak dan Uncle Ali kena tembak."

Jugra terkejut.

"Daddy okay tak? Uncle Ali okay tak?"
"Daddy cedera kat tangan kiri dia. Uncle Ali..."

Jugra nampak mata Kecik dah berair, Jugra dah faham.

"Innalillahi wainailahi rojiun. Ya Allah, Kau ampunkanlah dosa Uncle Ali. Al-Fatihah."

Jugra menangis, kerana sepanjang hidupnya, dia lebih rapat dengan Uncle Ali berbanding dengan ayahnya masa dia kecil dulu.

--

Setibanya aku di lapangan terbang, semua wartawan dah menyerbu ke arah aku.

"Minta laluan, minta laluan!" jerit bodyguard aku.

Aku masih lagi trauma pasal apa yang terjadi semalam. Tapi di tangan aku dah ada semua bukti.

Jeneral Firdaus menunggu aku di depan pintu lapangan terbang.

"Kereta," kata aku pada Jeneral Firdaus. Untuk keselamatan, Merlina naik kereta yang lagi satu.

--

"Siapa buat ni?" tanya Jeneral Firdaus.

Aku terus campak telefon pembunuh Ali semalam. Sempat aku charge dengan powerbank aku.

Jeneral Firdaus tengok last call.

"Serius lah?"
"Jangan tanya aku apa-apa, Firdaus. Dalam Ayam Hitam ada ular yang sedang membaham."

"Saya percaya Abang Amir sejak awal perjuangan lagi. Masa saya kat Melaut menentang Gerakan Melaut Merdeka, Abang Amir banyak tolong saya. Abang Amir banyak tolong tentera masa perang saudara dulu."

"Masalah dengan Ali ni, ialah terlalu percayakan orang," kata aku.
"Jenazah bro Ali siapa uruskan?"
"Aku dah uruskan. Nanti suruh budak-budak kita uruskan. Kita solat jenazah bila dah sampai nanti. Dah beritahu Kak Yong?"
"Dah. Dia terus menangis bila dapat tahu berita ni."
"Sebelum meninggal, Ali pesan suruh aku jaga dia. Aku nak kau lindung dia."
"Dah tentu, Pengerusi."
"Sekarang, aku nak kau tolong aku."
"Tolong apa tu?"
"Sediakan beg mayat untuk Amir."

--

Depan gate rumah aku, Amir dah tunggu, dan berlari untuk dapatkan aku.

"Pengerusi, siapa buat ni? Siapa tembak bro Ali? Siapa yang tembak bro?"

Pelakon terbaik ya kau, Amir. Takpe, aku gunakan method acting Stanilavski untuk yakinkan kau yang aku tak suspect kau.

"Aku letih, Amir. Jangan tanya aku soalan."
"Pengerusi, jangan risau. Saya akan siasat benda ni."

Siasat la kau. Aku dah tahu ni kerja kau. Kau bersedia je bila-bila masa dari sekarang.

Kau kalau nak ikut Machiavelli, kalau nak hapus, hapus betul-betul. Kalau orang yang kau nak hapus tu masih ada lagi, masak kau.

Aku terus baring ke katil aku. Aku baru sedar aku dah tak tidur sejak 36 jam yang lepas. Daripada kat hospital, kat airport, naik kapal terbang, sampai kat sini, aku tak tidur.

Aku arahkan setiausaha aku supaya jangan sesiapa ganggu aku kecuali Merlina je boleh masuk bilik ni.

Merlina pulak menuju ke hospital, untuk jumpa Jugra yang terlantar kat sana.

Tapi aku tak boleh tidur. Rasa phobia, seperti ada satu rembesan hormon adrenalin aku sejak semalam buat aku sentiasa tercelik.

Aku makan pain killer dalam kocek baju aku, untuk tahan sakit. Aku telan je tanpa air. Terlalu sakit untuk aku berjalan ke dapur.

Ali, daripada dulu lagi kau selalu selamatkan aku. Terima kasih banyak, abang.

--

Disebabkan aku tak boleh tidur, aku panggil dua orang penting dalam Ayam Hitam, Jeneral Firdaus, dan Kecik, tentang apa yang perlu dilakukan.

Dalam masa sama aku nak kena tunjukkan kepada semua ahli-ahli MKKP, kalau kau cuba nak khianat aku, buruk padahnya.

Aku bincang selama dua jam dengan mereka berdua tentang apa yang perlu dilakukan, dan mereka bersetuju yang Amir wajib dihukum.

--

Adilah

Tanpa Ali, Ayam Hitam akan berpecah sebab mereka tak ada leader yang karismatik macam Ali. Aku akui, Ali ni memang pemimpin yang bagus. Sayang sekali, dia setia dengan orang yang salah.

Dan aku akan pastikan Amir dapat mengambil alih tampuk sebagai ketua kumpulan Ayam Hitam. Aku akan pastikan Ayam Hitam akan setia dengan aku, dan seterusnya buat move untuk jatuhkan kerajaan Azlan ni, dan naikkan semula pemerintahan keluarga al-Daulah sebagai pemerintahnya, cuma kali ini keturunan Jimmy pula yang akan memerintah.

Aku yakin pelan aku akan tercapai. Azlan akan jatuh dan dia akan kembali jadi pekerja kedai roti macam dulu. Atau dia jadi gigolo aku je. Atau, dia akan senasib macam kawan baik dia Ali tu.

Sepatutnya aku dah dapat pegang kuasa dan aku boleh buat political move untuk naikkan Jimmy, tapi Natasha terlalu lemah, dan Azlan mengambil kesempatan.

Jimmy datang dan memeluk aku.

"Hmmm, wangi la you ni."
"Biasa la. How's London?"
"Ali dah mati. Sekarang kerja kita lebih mudah untuk jatuhkan Azlan."
"Itulah tu. I syak Azlan pegang duit keluarga I tu. Tengok la banyak projek rumah awam dia dapat buat. Dia bukan keluarga al-Daulah, dia cuma kahwin dengan Mina je. Itu pun dia curang. Bodoh punya Norman, ingat aku tak tau ke?"
"Bila kita dah dapat gulingkan Azlan dan republik ni, barulah kita boleh cari kat mana duit tu tersorok. Lepas tu barulah kita boleh perintah Gelanggayu ni dengan aman damai."

--

Kematian Ali menyebabkan banyak gangster-gangster di UK, terutamanya yang rapat dengan Ali mahu menuntut dendam.

Rangkaian pengganas seperti IRA, Fianna, al-Itihad Islammiyah, al-Shahbab, Ansar al-Islam, yang mempunyai cawangan di sini, mahu menuntut bela atas kematian Ali.

Jenayah terancang akan mula meningkat di Eropah, dan kumpulan gangster ini akan mencetus keganasan di seluruh UK dan Eropah.

Dah mati pun, apa yang dikerjakan oleh Ali selama ini akan kekal berjalan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro