Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Nota LUTH: HENTIAN AKHIR - mani, mazi, wadi & kebasahan faraj

Kesilapan yg selalu perempuan lakukan ialah kita main solat sahaja dgn membawa najis tanpa sedar. Lepas penat kelas seharian di sekolah, nak solat waktu Zohor, abaikan terus apa yg keluar dari faraj kita. Sedangkan yg keluar itu air wadi.

Apakah air wadi? ianya najis, air yg keluar dari faraj ketika keletihan ATAU yg keluar setelah membuang air kecil. Jika solat tanpa bersihkan dahulu, nanti solat tidak sah. Pernah dengar solat 60 tahun tetapi tidak diterima?

Cakap tentang bab solat ni memang nampak mudah. Sedangkan ada perkara-perkara yg kita terlepas pandang atas asbab kejahilan sendiri. Jagalah amal kita dgn ilmu.

Pelajar sekolah ada yg tak tahu apa beza keputihan, air wadi & sebagainya. Di sini saya sertakan nota & boleh ke channel telegram saya untuk link video.

Bagi perempuan, kebiasaannya sebelum keluar ke mana-mana akan pakai pantyliner. Kerana apa? Kerana selepas penat berjalan seharian, contohnya tawaf shopping mall dua tiga kali dan jika mahu solat... Hanya perlu singkirkan pantyliner itu dan bilas faraj. Kemudian boleh solat tanpa menanggung najis.

Semoga bermanfaat.

#konsiilmu

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro