*•.¸♡ ᵖʳᵒˡᵒᵍᵘᵉ ♡¸.•*
.
.
.
" mama ? Mama !! ",
aku berlari cari mama.
tempat ni gelap..
luas..
besar..
mustahil aku dapat cari dia .
" Abang.. ", aku menoleh apabila terasa suara yg memanggil amat familiar
" A-adik ?! ", aku mendekat budak itu
namun,
semakin dekat jarak aku dan dia,
dia akan lari.
" adik ! jangan tinggal abang ! ",
langkahku terhenti apabila ada seorang perempuan yang datang mendekati adik,
pegang bahu dia,
dan smirk.
dia terus sahaja bawa adik aku lari
" Danial, kejar perempuan tu ! jangan biarkan dia ambil adik ! ", aku menoleh ke belakang
" Mama ?!! ",
" kejar adik, Danial !! ",
aku mengeluarkan sayap aku, lalu terus terbang mengejar perempuan itu.
" Abang !! Tolong adikkkk ! ",
aku kejarnya dengan laju,
sepantas cahaya.
tiba-tiba..,
gelap.
aku memandang sekeliling,
gelap !
aku tak nampak apa-apa
" KAU GAGAL, DANIAL ",
" Mama ??!! "
" KAU GAGAL DAPATKAN ADIK KAU, DANIAL "
" Mama maafkan Danial ! "
Tiba-tiba sebuah akar berwarna hitam muncul lalu mengikat badan aku sehingga aku tak boleh bergerak.
" kau bukan abang aku ! "
📍Light Kingdom
Danial terbangun dari mimpinya.
" shit, aku mimpi perempuan tu lagi. ", Danial meraup wajahnya yang berpeluh
" Tuan muda dah bangun. Sarapan atau mandi dahulu ? ", soal butler yang baru sahaja masuk ke bilik Danial
" Mandi ", jawab Danial pendek
" Baiklah. Lavender bath in making. Tuan muda boleh ke bilik air sekarang ", butler itu terus blah
Danial berjalan ke arah kabinet lalu membuka laci.
gambar ibunya 17 tahun lepas.
" mama, maafkan Danial ", dia mengeluh lalu menyimpan gambar itu dan menuju ke bilik mandi
📍Immortal Kingdom
" Xarxzier, maafkan kami ! ",
Xarxzier sengih,
Perompak nombor 1 yang berani merompak Immortal Castle.
" aku nak campak korang ke kolam ikan piranha ", Xarxzier menerapungkan mereka ke atas kolam ikan piranha
" tolong jangan !! kami merayuuuu ", salah seorang perompak merayu sambil menggosok tangannya
" hurm.. kolam buaya nak ? ", soal Xarzxier lalu mengalihkan mereka ke kolam buaya
" jangannn ! tolong kami, Putera ! jangannn ",
" okay, tapi korang akan stay di Immortal Cell ! ", Xarzxier terus terapungkan dirinya lalu mencampakkan mereka masuk ke Immortal Cell
ada banyak banduan lain disana
Xarzxier terus bla
" Xarzxier tu acah je. bukan dia nak bunuh kita dengan ikan piranha dan buaya tu pun. kalau dia buat, telinga dia mesti kena piat ngan bapak dia ", kata salah seorang banduan
" ya ! walaupun dia dah campak lebih dari 30 orang ",
" T-tumpang tanya.. Xarzxier ada kuasa apa ? ", soal perompak yang hampir mampuih tadi
" Gravity dan telekinesis. sebabtu aku boleh terapung sekali. ", jawab seseorang
" P-putera Xarzxier ! ", mereka terkejut apabila Xarzxier berada dihadapan cell
" Jom kita main ! ", Xarzxier terus sahaja menerapungkan mereka
" k-kita nak main apa ? " soal perompak tadi
" macam biasa dia nak kita main lumba lari. dekat jambatan. bawah jambatan tu. ada lava. jadi kalau kau lucky, kau lepas ", jawab salah seorang banduan yang mempunyai kesan terbakar di pipinya
mungkin dia salah seorang banduan yang lucky
" w-what ? "
" itulah cara dia seksa banduan. "
" apa bising-bising kat belakang tu ? ", Xarzxier menjeling ke belakang
" tiada apa apa ! "
Xarzxier sengih.
📍Melody Kingdom
Alunan melodi yang datang daripada piano dan suaranya yang merdu mendatangkan keharmonian.
" Puteri Arabella ! "
" aku fans dia number one ! "
" wehh lagu ni mengingatkan dekat kucing aku yang dah mati HUWAA ",
setelah lagu yang dipersembahkan tamat,
kesemua penonton bertepuk tangan.
Arabella bangun dari tempat duduknya lalu mengesat air matanya.
dia terus beredar dari pentas
" weh, telinga Puteri Arabella..
berdarah ! ",
mendengar jeritan itu, Arabella terus berlari dengan laju menuju ke kereta kuda miliknya lalu dia terus meninggalkan pentas bersama tetamu dan penonton lain.
" telinga Arabella berdarah lagi ? ", soal Raja Remington merangkap ayahnya
" ya, papa.. ", butler yang berada disebelahnya mengambil tisu lalu membersihkan telinganya yang berdarah
" tak mahu berjumpa doctor ? ", soal ayahnya lagi
" tak.. "
" haih, papa rasa baik kita berjumpa dengannya sebelum ia menjadi semakin teruk. kenapa setiap kali kamu bermain alat music, telinga kamu akan berdarah ? adakah not-not yang kamu mainkan tu tak sebati dengan hati kamu ? ", soal Raja Remington banyak
" t-tak ! sebati sangat ! ini cuma pendarahan biasa. sesiapa pun boleh alaminya, papa ",
" itu jawapan yang dah biasa papa dengar. jumpa doctor atau tinggalkan piano buat selamanya ? ", Arabella terkejut dengan pilihan yang diberi
" fine, papa ! Arabella jumpa doctor. ",
" good princess. kita akan ke Melody Medic ",
📍Ocean Kingdom
" Dory ! ", Faeqa mengejar kawan baiknya sepanjang lautan itu
" Kejarlah Dory ! welkkk ", Dory terus sahaja berenang dengan laju menuju ke kawasan laut dalam
namun, Faeqa memberhentikan kejarannya.
dia bingung, takkan nak tinggal Dory seorang diri di dalam kawasan laut dalam itu ? ianya gelap
" Puteri Faeqa ! Tolong Dory ! ",
Faeqa teragak-agak untuk masuk. dia takut benda itu akan menyeksanya sekali lagi
" Faeqaaaaaaaa ! Dory sakit ! "
Tangan Faeqa menggeletar
" Faeqa ! kenapa ni ? ", soal Dory yang berada disebelahnya
" e-eh ? Dory ? bukan kau kat dalam ni ke ? ", soal Faeqa
" ya tapi aku keluar sebaik saja kau sampai. kau tak perasan ? ", soal Dory
Faeqa meraup mukanya
dia tau,
'benda' tu cuba umpan dia masuk
" faEqAaaa... ", tiba-tiba rumpai yang agak panjang keluar dari kawasan laut dalam lalu menarik Faeqa ke kawasan laut dalam itu
" TOLONG ! "
" FAEQA ! "
Faeqa tersedar.
dia berada atas katil
" benda tu tak habis-habis kacau aku ", Faeqa mengenggam tangannya
📍Ice Kingdom
Kuda yang ditunggang berlari laju menuju ke arah satu tempat
" Laju lagi ! "
Larian diperlahankan apabila mereka telah tiba ke destinasi.
Nathan turun daripada kuda itu
" T-tak mungkin ",
" Putera Nathan.. ", panggil seseorang
" Uncle ! uncle tolong jangan mati lagi..! N-nathan tak sengaja ", Nathan memegang tangan seorang pakcik yang sedang nyawa-nyawa ikan
" A-anak uncle, Alice.. selamatkan dia dahulu ", Pakcik itu menunjukkan ke arah anaknya yang terbaring 1 meter darinya
" Putera ! ", panggil pengawal yang mengikutinya
" bawa mereka ke Heal Shelter. mereka akan selamat di sana. ",
" baiklah, Putera. jumpa di istana ", Nathan terus sahaja menunggang kuda putihnya
dia berhenti ke sebuah lokasi rahsianya dan terus masuk ke sebuah istana yang diperbuat dari ais.
istana miliknya.
Nathan masuk ke dalamnya dan memandang ke arah sebuah pantulan.
pantulan dirinya
" k-kenapa aku macamni ? kenapa aku .. KENAPA AKU SELALU HANCURKAN KAMPUNG DAN KECEWAKAN PAPA ?! ",
pedang ais dikeluarkan lalu dia menikam ais yang memantulkan dirinya.
istana itu menunjukkan tanda untuk runtuh,
namun Nathan tidak berganjak dari tempatnya.
" kill me ! ",
Istana itu terus jatuh menimpanya.
Nathan membuka matanya
" ish, kenapa aku hidup lagi ", Nathan memandang ke arah lengan kanannya yang diperbuat dari ais
" Nathan ! berapa kali papa dah cakap jangan suicide ! apa yang terjadi, bukan salah kamu, Nath ! kita akan cari jalan untuk hentikan masalah kamu ", kata Raja Vyn
" papa nak hantar Nath ke seer lagi ? ", soal Nathan
" T-tak.. papa takkan hantar kamu berjumpa seer. ",
Nathan mengeluh,
tangan kanan dia yang diperbuat dari ais, direnung.
📍Azure Kingdom
Tasik Swan direnung. Tasik yang indah, namun Amylia memandangnya dengan pandangan kosong sambil memeluk lutut.
Salah seekor swan yang menyedar kehadiran Amylia terus bertukar menjadi manusia lalu mendekati Amylia.
" kenapa, puteri ? ", soalnya
" tiada apa, Alexa. "
" janganlah tipu Alexa, puteri. Alexa tau puteri ada masalah "
" saya takut tak dapat menari balet . ",
" kenapa puteri cakap begitu ? puteri kan handal dalam balet ",
" tak tahu, Alexa. sejak akhir ni saya selalu hilang balance. asyik jatuh. dan buat saya jadi hilang semangat ", jawab Amylia muram
" jangan begitu, puteri. cuba puteri menari balet depan Alexa ? mungkin keyakinan akan disalurkan kembali ", cadang Alexa
" ianya takkan terjadi, Lexa "
Amylia bangun lalu dia terus menari balet. namun, baru 5 langkah, dia hilang keseimbangan lalu jatuh
" puteri ! "
Amylia menggenggam tangannya, air matanya bergenang
Alexa terus mendapatkannya
" puteri.. "
" kenapa, Alexa ? kenapa puteri yang jaguh dalam balet ni akhirnya jatuh ? ",
" puteri patut berehat "
" berehat ? saya takkan ! balet dah sebati dalam diri saya, Alexa. Alexa, kau adalah swan. kau tak faham perasaan aku ? "
" faham, tapi.. "
" sudahlah, sedangkan papa pun suruh Amylia berehat ", Amylia bangkit lalu berlari tinggalkan Swan Lake
Alexa mengeluh lalu bertukar menjadi Swan kembali.
📍Pixie Kingdom
" Trissyia kenapa Trissyia musnahkan kawasan kampung sebelah Timur ? ", soal Raja Stephen
" Trissyia tak sengaja, pa. ",
" Trissyia ada masalah ke ? Trissyia selalu macamni setiap dua minggu. ",
" tak ada. ", Trissyia menunduk
" betul ni ? jadi kenapa Trissyia musnahkan kampung belah timur ? ", soal Raja Stephen
" Trissyia tak tau ",
" Trissyia, penduduknya semua percayakan Trissyia. ini Trissyia balas pada mereka ? ", soal Permaisuri Stephen pula
" mama tak faham la. ", Trissyia terus meninggalkan kedua ibu bapanya lalu terbang ke taman yang selalu dia pergi
untuk tenangkan fikiran.
Trissyia memetik bunga Daisy lalu merenungnya.
dia duduk di atas bangku yang sedia ada di taman itu
" kenapa semua ini terjadi ? ",
air mata menitik membasahi bunga Daisy itu
📍Crystal Kingdom
" Viylea tak sarapan ? ", soal Permaisuri Stephanie
" ya, dia masih berkurung dalam bilik ", jawab suaminya sambil mengeluh
" butler Jun, tolong check puteri Viylea. ", arah permaisuri
" baiklah ", Jun terus bergegas ke arah bilik Viylea
belum sempat Jun mengetuk pintu bilik,
PRANGGGG !
bunyi kaca pecah memeranjatkannya. Jun terkejut lalu dia terus menendang pintu yang diperbuat dari kristal itu dengan kuat.
wow,
mahalnya.
*cries*
" J-jangan dekat ! Viylea tak cantik.. ", Jun memandang ke arah Viylea yang memeluk lututnya di penjuru bilik yang besar itu. langsir tertutup. tingkap, kaca, gelas kaca semuanya pecah. ",
" Viylea.. kenapa ni ? ", soal Jun
" Viylea tak cantik. Viylea bukan keturunan Perfection, Jun ! ",
" Viylea. Viylea cantik. Viylea keturunan Perfection. kenapa Viy cakap camtu ? ", soal Jun
" tipu. pantulan Viylea.. bukan macam yang Jun cakapkan ",
Jun memandang Viylea pelik.
wajahnya masih cantik, langsung tiada cacat cela.
" cermin tu kata Viylea tak cantik. Viylea bukan keturunan Perfection. Viylea patut mati ", kata Viylea sambil menunjukkan ke arah cermin berwarna pink yang telah pecah
Jun mendekati serpihan kaca cermin itu lalu mengambilnya
" ada aura kegelapan dalam cermin ni. ", kata Jun lalu menghampiri Viylea
" Don't worry, Viy. Cermin ni just kena sabotage. nanti suruh papa belikan yang baru, nae ? Viylea bersihkan diri dulu kemudian sarapan. Maid dah sediakan rose bath. ", arah Jun
" baiklah.. ", Viylea terus bangkit, Jun mengiringinya hingga ke pintu bilik mandi
📍Heal Kingdom
" Tolong, tuan puteri ! Anak saya sakit ! ",
" Puteri ! hati saya sakit huhu huwaaa ! "
" Puteri ! Nenek saya sakit ! Tolong sembuhkan dia ",
Elysa memandang ke arah tingkap biliknya. Para rakyat merayu untuk berjumpa dengan dirinya kerana dialah satu-satunya yang boleh menyembuhkan sesuatu.
namun, dia dah tak dapat nak tolong orang..
" semua rakyat balik ! tuan puteri sedang sakit ! ", halau pengawal istana
" puteri sakit ? tipu ! dia ada kuasa menyembuh ! bagi kami jumpa dia ! ", bantah salah seorang rakyat
Elysa senyap. dia memandang ke arah rakyat yang ramai itu.
" puteri, pedulikan mereka. kesihatan puteri lebih penting dari mereka ", kata butler peribadi ayahnya
" t-tak. dorang ramai. puteri hanya satu. jadi aku akan tolong dorang ! ", Elysa membuka tingkap lalu terjun dan membuka sayapnya
" puteri ! ", panggil butler itu terkejut
" weh tu tuan puteri kita ! "
" our heroin ! "
" bapak ah dia terbang sia "
Elysa mendarat ke sebelah pengawal istana yang cuba menghalang rakyat tersebut
" pengawal, bawa mereka ke bilik healing istana. ", arah Elysa lalu terbang menuju ke bilik healing
" baiklah, ikut arahan tuan puteri.. "
setelah dia merawat 48 orang..
" puteri ! bunga matahari saya dah mati- ",
Elysa memandang ke arah budak tersebut dengan pandangan 'like seriously ?'
" baiklah. ", Elysa meletakkan telapak tangannya ke kelopak bunga matahari yang mulai layu itu
kemudian dengan perlahan, bunga matahari itu bangkit kembali
" wahh ! terima kasih ! ", budak itu terus blah dengan bunga miliknya
Elysa menyembamkan mukanya ke atas meja berlapik bantal yang lembut. badannya berpeluh, tangannya menggeletar
" tuan puteri okay ? "
" y-ya.. lagipun lagi seorang je kan.. ",
" tuan puteri ! ada jerawat ni, tolong kecutkannya ! ", Elysa mengangguk faham lalu dia terus menyembuhkan mukanya
" makasih ! ", dia terus blah
" arghhh! ", Elysa memegang lehernya
" puteri ! puteri okay ???!! ", butler yang berada di sebelahnya terus menggendongnya masuk ke istana
📍Moon Kingdom
" baru balik ? ", soal Mino
" tak la, baru nak pergi ", jawab Choco
" baru balik dari mana ? ", soal D.O pula sambil memegang kuali
gaspp
" waterfall la kat mana lagi ", Choco terus duduk di sofa sebelah Mino
bahaya wo duduk sebelah D.O
" waterfall ? Chico, manusia di kingdom lain dah tau kita ni fox. kita akan diburu. kenapa degil nak keluar ? waterfall ada banyak jerat ", D.O membebel
" aku pelik, kenapa manusia nak buru kita. kita half human dan half fox. takkan nak buru kita ", Mino menggigit jarinya
" mereka kata buang masa je fox duduk sini. dorang nak takluk kingdom kita sebab kita bukan sepenuhnya manusia ", jawab D.O
" ape gaduh-gaduh ni ? ", soal Raja Foxeliot
" nothing, papa. "
" papa akan ke mesyuarat King of Kingdom. papa akan suruh mereka supaya tidak buru kita. kita pun manusia dan kita pun hidup ", kata Raja Foxeliot
" nae appa "
📍Flame Kingdom
" rasanya Sky tak perlu buat begini.. ", kata butler milik Skyfall apabila melihat dia mengikat dirinya pada tiang
" Sky tak boleh jatuh, nanti Sky.. sakit ", kata Skyfall sambil mengalirkan air mata
" tidak, saya akan pastikan Sky tak jatuh ", kata butler lalu melepaskan ikatan Sky
dengan perlahan dia membawa Sky duduk di sofa
namun Sky tersadung,
" argh ! "
Sky membuka matanya
laut yg dalam..
tbc
chapter 1 ➸
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro