
018
JLE ; 017❤️
Chapter ; Godaan + Cemburu🌹
++++
“ Dah sampai?
Urm? Kedai Bunga?
Tanpa buang masa, tubuh kecil Eunbyul menerombos keluar daripada tempat memandu. Kebetulan semasa Jungkook membuka pintu, sekumpulan pelajar sekolah menengah melintasi sebelah . Berbisik sesama sendiri memandang Eunbyul diatas riba si jejaka kacak.
“ Ish, bende pandang-pandang. Tak pernah tengok ke? ”
“ Tak pernah lah sayang, kalau tak diorang tak terkejut. ”
Tawa kecil terbit di bibir manis Jungkook.
Manja, itu yang Jungkook dapat ungkapkan.
Inilah perangai sebenar Eunbyul jika dengannya dahulu.
Manja, gedik ,nak berkepit.. geli hati milik jejaka itu.
“ Tak adalah, pandang macam jijik sangat.
Dah budak sekolah tu student je lah. Hah ni mesti ponteng kelas tambahan ni! ”
Ppap!
“ Kenapa awak tutup pintu balik? Saya nak keluar lah Kook. ”
Tangan kecil Eunbyul diraih.
“ Kau lupa, lupa tentang waktu sekolah menengah. Kau beria-ria pujuk aku supaya ponteng kelas Kimia supaya teman kau makan tteobeokie. Lupa, sayang? ”
“ Hehehe.
Dua tiga kucing berlari , hehehe I'm sorry. ”
Barisan gigi putih Cha Eunbyul terpapar.
Lesung pipit memainkan peranan. Jeon Jungkook terpempan mendengar bait-bait pantun yang tidak berapa nak pantun itu.
Wajah manis Eunbyul di tenung lama.
“ How could your words so cute, huh? ” Sisi rahang Eunbyul ditekap sebelah tangan. Tanpa sebarang amaran, bibir gadis itu dicium lama.
Kenapa dan mengapa Jeon Jungkook melakukan aksi panas itu?
Kerana, ayat Eunbyul itu sentiasa tersemat dalam ingatannya apabila Eunbyul melakukan kesilapan ringan.
Dan..
Hatinya meragut rindu ayat itu meluncur di belahan bibir gadis kesayangan nya.
Leher Jungkook dipeluk dan rambut belakang jejaka itu diramas sensual tatkala belahan bibir menggoda itu makin membenam bibir kecilnya.
Suasana kereta mulai hangat dengan adegan sensual mereka berdua.
“ Your lip like a drugs. ”
Selepas adegan sensual itu berlaku.
Mereka keluar daripada kereta bersama. Menyempat sahaja Jungkook menatap cermin kereta dan segera mengetap bibir yang kemerahan akibat liptint yang menjadi penyeri bibir Eunbyul.
“ Bibir awak dah extra merah jambu. Cepat terima kasih dekat bibir saya. ” Lengan Jungkook di paut manja. Wajah ditenggadahkan memandang wajah kacak Jungkook.
“ Terima kasih macam ni. ” Seperti yang dijangkakan Eunbyul, bibir nya dikucup beberapa saat. Hanya beberapa saat.
Eunbyul merengek kecil saat Jungkook menolak lembut tubuh nya menjauhi.
“ Kookkkkkkkk.. ”
Entah kenapa hari ini dia mahu sangat bermanja dengan Jeon Jungkook . Seperti satu kelepasan kerinduan yang membungkam diri.
“ Cukup, jangan nak goda aku dekat tempat awam ni. ” Ujar Jungkook sambil memaparkan riak wajah dingin. Bukan apa, sesak dada bidangnya akibatnya diserang bertalu-talu dengan godaan si gadisnya.
Pinggang Jungkook dipeluk dari depan.
Wajah disembamkan pada dada bidang Jungkook.
“ Jom. ”
“ Eh, nak pergi mana. ” Pelik Eunbyul dibuatnya.
“ Check-in mana-mana hotel yang aku berkenan untuk kau dengan aku. ”
“ Masuk kereta sekarang, tadi pandai goda aku macam hari esok tak ada. ” Arah Jungkook yang berura-ura ingin masuk ke dalam kereta kembali.
Maka, Cha Eunbyul tercengang.
Heol.. Jeon. Seriously?!
🌺🌺🌺🌺
Tinggg!!
Apabila mereka masuk sahaja ke dalam kedai, terdapat dua pekerja perempuan yang mengubah bunga di satu sudut.
Pekerja itu menunduk hormat seraya
memberi senyuman. Senyuman dibalas dengan senyuman.
“ Puan Jeon ada dekat sana. ” Seperti faham dengan lirikan mata helang Jeon Jungkook meliar seperti mencari sesuatu. Seorang pekerja itu memberi jawapan yang tidak mempunyai soalan.
“ Terima kasih. ” Ucap Eunbyul menoleh kearah belakang apabila Jungkook sudah menarik pinggangnya supaya akur mengikut langkahnya.
Dari satu sudut terlihat Puan Jeon berada di meja kayu, dihadapannya terdapat bunga-bungaan yang bersepah diatas meja kayu itu. Kelihatan tekun melakukan kerjanya.
“ Ttok ttok, Annyeonghaseyo Puan Jeon ”
Meja kayu itu diketuk tiga kali. Puan Jeon mengoyak senyuman apabila terpandang
kan wajah anak lelakinya itu.
“ Jungkook, anak eomma!— Eunbyul? ”
“ Hehe annyeonghaseyo aunty.. ” Sapa Eunbyul kekok apabila mata Puan Jeon tidak lepas memandang nya.
“ No no.. aunty. Panggil eomma. Arraseo? ” Senyuman mula mekar di bibir Puan Jeon.
“ Duduklah kamu berdua. ” Mereka dipelawa duduk oleh Puan Jeon.
“ Ini ke seseorang yang Jungkook nak tunjukkan dekat eomma? ” Lengan Jungkook dicuit oleh Puan Jeon maka Tersengih-sengih Jungkook sambil mengangguk mengiyakannya.
Eunbyul mula berfikir logik,
mungkin dia rapat dengan Puan Jeon.
“ Harini hari jadi Eunwoo kan? Nak cari bunga untuk dia? Eomma tahu bunga kegemaran Eunwoo. Tapi sebelum tu, dah beli hadiah untuk Eunwoo? ”
Terkelip-kelip mata Eunbyul ingin
menangkap ayat berserta pertanyaan Puan Jeon itu. Maka, wajah tercengang Eunbyul menjadi santapan mereka.
“ Eomma.. one by one. ”
“ Eunbyul mesti pening tu. Kalau Eunbyul nak tahu, Jungkook ni waktu mula-mula kamu tak ingat dia. Hari-hari dia menangis— ”
“ Eommaaaaaa.. geumanhaeseyo. ”
“ Arraseo eomma berhenti—Tapikan Byul, lepas tu Jungkook jadi lebih pendiam tahu. Kalau eomma lawat dia dekat kondominium Hoseok. Mesti dia nangis sebut nama Eunbyul dan diamkan diri dalam bilik air— ”
“ Eo..eom..ma geumanhae.. That's enough. ”
Eunbyul mengekeh ketawa melihat wajah kecut perut Jungkook.
🌺🌺🌺🌺
Selesai membeli hadiah buat bayi tua, Jungkook ingin menghantar kekasih hatinya
itu pulang tetapi sebelum itu mereka singgah Subway untuk melunaskan kelaparan Jeon Jungkook.
Eunbyul menatap Jungkook yang menikmati sandwich keduanya, Roasted Beef dengan seleranya.
Sudah dapat makanan, kekasih hati sudah tidak dihiraukan.
“ Kook. ”
“ Hm? ” Jawab Jungkook yang masih fokus dengan makanannya.
“ Stay at my home tonight? ”
“ For what? ”
“ Kalau taknak tak apa lah. ”
Sudah dipelawa banyak tanya pula.
Setuju sahaja lah, hmph!
Anak mata sudah melirik tajam kearah Jungkook.
“ Arraseo. ”
Balasan Jungkook sangat tidak memuaskan hati kecil Cha Eunbyul. Sandwiches steak and cheese yang berbaki satu lagi suapan digigit geram.
“ Jeon Jungkook? ”
Tegur seseorang dari arah belakang Eunbyul.
Perempuan mana pula ni? Detik hati Eunbyul. Wajah Jungkook dipandang tajam setajam bilah pedang samurai.
“ Ahn Seonhwa.. ”
Serta merta Jungkook berdiri. Ahn Seonhwa melangkah kearah keberadaan Jungkook dan mendakap tubuh tegap itu.
Rindu akan sahabat sorang nya ini.
Akibat sudah terbiasa dengan cara sapaan
di Barat. Pipi Jungkook di cium sedikit dan itu langsung tidak mengejutkan Jeon Jungkook. Dia tahu cara sapaan di Barat bagaimana.
Adegan manis itu di pandang panas oleh
Cha Eunbyul yang sudah membara api kemarahan. Air disedut laju hingga habis.
Menyampah.
“ Dating? Dengan siapa— ”
Cha Eunbyul melihat gerangan yang menegur jejakanya. Hm, cantik.. not bad. Gadis itu terkesima melihat Cha Eunbyul yang berwajah ketat memandang nya. Silih berganti dia memandang Jungkook dan Eunbyul.
“ Duduk lah dulu Seon. Lama tak jumpa kau. ” Pelawa Jungkook dengan senyuman.
Apa? Senyuman?
Cha Eunbyul sudah mendecit kecil tatkala gadis cantik itu duduk di sebelah Jungkook. Terserlah wajah menyampahnya kini.
“ Jungkook, teman wanita? ” Soal Seonhwa. Mana tahu mata dia sudah rosak atau rabun. Tidak menyangka yang gadis kecil dihadapannya ini adalah Eunbyul.
“ Tak.. ” Menjegil mata Eunbyul mendengar jawapan Jungkook.
“ Tetapi kekasih hati. ” Eunbyul menjeling Jungkook. Tak payah nak kekasih hati sangatlah. Panas hati ni.
“ Aku, Cha Eunbyul. ” Ujar Eunbyul pantas apabila Seonhwa seperti ingin menegurnya.
Tepat pada masanya. Telefonnya berdering. Bingkas sahaja Eunbyul mengangkat panggil yang tertera nama Kim Taehyung.
“ Eo, Taehyungie. ” Nada suara manja dikeluarkan. Berkerut dahi Jungkook mendengar nada suara itu.
“ Dekat Subway ni ha. ”
“ Eo, kau dekat cafe sebelah? Aku gerak sana. ” Panggilan dimatikan. Eunbyul mengemas barangnya.
“ Sorry, minta diri dulu. ” Eunbyul berura-ura ingin bangun itu ditahan oleh Jungkook.
“ Sayang, wait. Kau nak tinggal aku? ”
“ Ya, saya nak dating dengan Taehyung. ” Nada suara yang mendatar diberikan.
Susuk tubuh langsing teman wanita nya yang makin menjauh di hantar dengan pandangan mata.
“ Nampaknya dia cemburu. Eotteokhae? ” Gusar Ahn Seonhwa melihat Eunbyul sudah meninggalkan mereka berdua.
“ Nampaknya macam itulah. Tch, Eunbyul. ” Decit Jungkook.
“ Kejarlah dia. ” Gesa Seonhwa yang pelik melihat Jungkook hanya selamba sahaja.
“ No need, aku bermalam rumah dia hari ni. ”
“ Chincha? Same goes with me. ” Jungkook tidak terkejut kerana dia tahu yang Ahn Seonhwa akan berjumpa dengan Cha Eunwoo dahulu.
“ Akhirnya kau dah berjaya dekatkan diri kembali dengan Eunbyul. Tahniah Kook. ”
Jungkook mengangguk menerima ucapan tahniah itu. Mata melirik kearah dinding lutsinar di tepinya.
Mata helangnya menangkap susuk tubuh Eunbyul yang memaut erat lengan Taehyung melintasi nya. Sonhwa turut memandang kearah dinding lutsinar itu, tetapi dia hanya tergelak kecil melihat telatah comel Eunbyul yang merajuk dengan Jungkook.
“ Yeoja aku ni buat hal betul. ”
××××
🌺TO BE CONTINUE 🌺
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro