Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

034


Korang nak chapter panjang² Kan? Ni ha aku
bagi 3K words.

Tak Komen, malas update🙄😂

++++

JLE : 034💜
CHAPTER : Soal selidik + Pening.💜

++++

Jeon Jungkook.

Surat cinta yang berada dalam genggaman ku ditatap lagi sambil kaki melangkah laju. Eunbyul yang mengejar dari belakang aku biarkan. Sebenarnya aku nak pergi tandas.

Nak terkucil.

Surat tersebut aku letak dalam poket
jaket tebal milikku. Siap kau wahai surat,
aku cari siapa yang tulis surat ni.

Setibanya aku masuk ke dalam tandas mata aku bertembung dengan seseorang yang baru keluar dari tandas. Aku menunduk kepala aku sedikit apabila orang itu junior aku.

“Annyeonghaseyo sunbaenim.” Sapanya dengan senyuman.

“Hm, annyeong.” Balasku dengan senyuman segaris.

Selepas membalas sapaan ringkas, aku bergerak ke arah tandas untuk kencing.
Aku kencing berdiri tahu? Zip seluar jean aku turunkan.

Kenapalah boleh nak terkucil waktu macam ni. Buatnya lelaki yang minat Eunbyul tu culik Eunbyul yang duduk dekat luar tu.

Eh—apa aku merepek ni. Mulut masin nanti baru tahu kau.  Haih aku bukannya nak marah Eunbyul tapi aku risau kalau-kalau lelaki tu apa-apakan Eunbyul dan dia tidak tahu.
Mesti salah faham bakal berlaku dan kami akan gaduh.

Selesai sahaja membuang air kecil, aku bergerak ke sinki sebelah Luizy, Junior aku.

“Kau junior kan? Luizy Cho?” Soal aku bila lihat Luizy tak keluar lagi. Mata aku kerling sedikit kearah tangannya. Dia basuh tangan dia yang kotor dengan dakwat pen hitam.

“Dae majjeo! Sunbae ingat?” Teruja dia tak boleh bawa bincang. Aku angguk kepala.
Mana mungkin aku lupa dengan dia ni, junior yang mahukan aku dan Eunbyul menjadi tutor dia.

“Aku tak Alzheimer. Jadi aku ingat. Kau salah seorang pelajar yang minta aku dengan Eunbyul jadi tutor kau kan?” Soal aku ingin mengenal pasti. Wajahnya dipandang dari cermin dihadapan ini.

Luizy dia hanya senyum. Aku tak tahu nama sebenar dia sebab dia tak pernah kenalkan nama sebenar dia tapi dalam rekod biodata dia mesti ada nama sebenar.

“Dae! Sebab tarian sunbae macam ni.” Dia tunjukkan dua ibu jarinya kepada aku. Aku hanya memberi anggukan dan menghadiahkan segaris senyuman.

“Sorry aku dengan Eunbyul tak dapat jadi tutor kau. Kami sibuk dengan competition.”

“Tak apa saya faham.” Luizy mencapai sabun dan menggosok tangannya.

Sebut nama Eunbyul banyak kali aku jadi sebersalah sebab abaikan dia. Air yang aku tadah dibawa ke muka dan disapu. Aku lap wajah aku yang masih menitik airnya di dagu. Rambut yang basah sedikit aku raup ke belakang.

Cakap mengenai rambut. Aku dah potong rambut seminggu lepas sebab Eunbyul kata
dia serabut tengok rambut aku selaras dengan hidung tu.

“Sunbaenim ada masalah ke? Kenapa muka sunbae ketat je.”

Eh dia ni tak keluar lagi?
Aku menggeleng kepala. Baik aku keluar sebelum dia tanya banyak lagi. Dia ni memang aktif ke?

“Anniyo, banyak fikir je.” Selepas bercakap begitu terus aku meminta diri untuk pergi.

“Jaga diri sunbaenim.”

Sempat aku dengar suara dia sebelum keluar dari tandas.

Luizy Cho.

🌼🌼🌼


   Seseorang  mengekori pasangan yang berkejaran itu. Jejaka misteri itu memerhati kan sahaja arah yang pasangan itu guna. Sekarang jejaka misteri itu berada di bawah manakala pasangan tersebut Cha Eunbyul dan Jeon Jungkook berada di atas jambatan yang menghubungkan ke bangunan bilik latihan menari dan juga studio.

Bibirnya tersungging senyuman bila melihat Jungkook seakan memarahi Eunbyul.

“Beautiful scene.”

Tetapi apa yang dapat dia lihat, Cha Eunbyul gadis itu menangis. Jejaka misteri itu mengetapkan bibir. How dare you Jeon Jungkook buat Eunbyul menangis?

Dapat dengar suara Jungkook yang kuat.
Dia pandang sekeliling, tiada siapa yang lalu di kawasan ini.

Matanya terarah pada Cha Eunbyul yang kesejukan itu. Jejaka misteri itu merengus,
apa Jungkook tu tak nampak ke Eunbyul sedang kesejukan?

Matanya membulat saat Eunbyul sudah terduduk. Tidak semena-mena dia menapak beberapa langkah. Tetapi langkahnya terhenti apabila Jungkook mendapatkan Eunbyul.

Dia ingatkan Jungkook bakal meninggalkan gadis itu. Dia mengetap bibir, susah sangat
nak buatkan Jungkook atau Eunbyul itu berpisah.

Jejaka misteri itu bingung tentang Jeon Jungkook.

Setahu dia, mereka baru sahaja berjanji temu tidak sampai lima bulan tetapi lagaknya seperti sudah berkahwin. Yang dia pelik, Jeon Jungkook yang tidak memandang perempuan ingin mengajaknya berpasangan tiba-tiba sahaja Jungkook mendekati Eunbyul.

Apa yang mengejutkan, Jeon Jungkook dan Cha Eunbyul duduk serumah.

Jejaka misteri itu berpaling, tangan sudah mengenggam penumbuk. Setiap masa Jungkook bersama Eunbyul.

Jisaekiya..”

Jeon Jungkook jejaka itu sangat berkuasa, aura nya kuat sehinggakan jejaka misteri itu tidak mempunyai keberanian untuk bertindak secara terang-terangan.

Tidak mengapa dia bakal gunakan cara yang halus.

🌼🌼🌼

    Suasana dalam restoran menjadi riuh
dengan suara-suara manusia yang bergelak tawa, berborak dan suara kanak-kanak juga. Kim Seojun dan Kim Saena anak kembar Seokjin riuh bercerita.

Mereka mendengar celoteh kanak-kanak berumur dua tahun itu.  Taehyung yang berada dekat dengan kembar itu mula melayan juga. Orang pun tak boleh beza mana satu bapa kandung kembar ni.

Meja makan yang digabung dua itu penuh. Cuma Min Yoongi sahaja tidak berada di meja tersebut disebabkan mempunyai penerbangan.

Kim Namjoon mendukung anak kecilnya yang berumur 9 bulan itu. Namjoon mengambil tugas isterinya.

Jeon Jungkook dia memandang Eunbyul yang menyuap makanan sambil mendengar cerita isteri Namjoon , Kim Minhee. Jungkook memandang mangkuk besi Eunbyul. Ini sudah masuk kali kedua Eunbyul makan bibimbap daging yang kuantitinya banyak.

Jungkook sudah pun menukar hidangan Japchae, mi kaca. Itupun dicuri oleh Eunbyul.

Anak mata nya menoleh kearah abang-abang dihadapannya.

“Hyung.” Panggil Jungkook.

“Hyung tahu tak Eunbyul ada perangai baru sekarang?” Jungkook menepuk tangan Seokjin dengan Namjoon yang didepannya. Seokjin yang ingin menyuap makanan itu terhenti.

“Apa?”Jawab Seokjin dengan Namjoon serentak. Jimin yang disebelah Jungkook hanya memasang telinga. Mia yang ditepi
Jimin juga memberi tumpuan. Mia juga perasan yang perangai Eunbyul kejap okay kejap tak okay.

Jadi dia mahu pasang telinga.

Perangai Eunbyul macam bukak lampu dan tutup lampu.
Jungkook mengerling kearah Eunbyul yang berborak dengan isteri Seokjin dan Junghwa. Langsung tidak sedar yang Jungkook menyebut namanya.

“Mudah terasa lepastu merajuk. Marah sekali. Lepas tu kalau Jungkook  salah cakap sikit je mesti nak menangis.”

Kim Seokjin memandang isterinya kemudian dia memandang Eunbyul. Matanya terkelip-kelip mencerna fikirannya. Namjoon pula memandang wajah Jungkook lama.

“Jeongmal? Aku tak perasan pun.”Celah Jimin. Dagunya diusap. Jungkook berdecit.

“Ish,Jimin hyung kau tak duduk serumah dengan Eunbyul memang lah tak perasan. Kook ni yang hadap Eunbyul hari-hari tahu.”

“Wuah parah ni. Hyung rasa Kook kena hati-hati Lepas ni takut kena tendang dengan Eunbyul. Tidur dekat luar.” Kata Namjoon dengan tawanya.

Jungkook menguis hidungnya.
Berfikir seratus kali nak mulakan idea yang bakal memakan diri dia nanti.

“Nak tengok tahap terasa dia?”

Cadangan Jungkook mendapat anggukan daripada abang-abang nya. Dengan lafaz bismillah Jungkook mendekatkan diri dengan Eunbyul.

“Eh sayang, banyaknya makan. Dua kali tambah. Gemuk dah sayang ni.” Pipi gadis itu dicubit-cubit. Eunbyul terus berhenti berborak. Sesaat sahaja , Jungkook mendapat jelingan tajam daripada Eunbyul. Cukup membuatkan Jungkook menelan air liur.

“Kenapa pandang aku macam tu. Aku ada Salah cakap ke? Betullah kau dah makan dua bibimbap dengan lempeng kimchi.” Akhirnya Jungkook terlepas juga cakap kau aku. Air mata sudah bertakung.

Taktik Jungkook gais nak buat gadis itu menangis. Jungkook buat muka tak bersalah siap senyum lagi.

Habislah kau Jungkook.

“Apa awak ni. Saya tengah makan cakap macam tu pula. Saya makan banyak salah.
Tak makan pun kena kritik dengan awak.
Kenapa awak ni ha?” Eunbyul mula berang tetapi mahu menangis. Cepat sahaja tisu yang berada dihadapannya dicapai. Air mata yang melimpah dia kesat.

Jeon Jungkook, dia sudah tersenyum paksa. Nampaknya malam ni dia kena tidur luar.

Mangkuk besi yang masih terisi makanan ditolak sedikit oleh Eunbyul. Berlaga dengan mangkuk besi milik Junghwa.  “Tak payah makanlah. Tak ada selera saya dengar awak cakap macam tu. Makan banyak kena label gemuk.” Eunbyul mula mengelap air mata yang makin berjuraian. Hidung sudah memerah.

Seokjin sudah bagi signal suruh Jungkook pujuk. Taehyung yang leka bermain dengan kembar pun memberi perhatian kepada Eunbyul yang sudah mengeluarkan esakan.

Taehyung pandang Jimin, tak dapat tangkap dengan situasi ni. Park Jimin hanya memberi gerakan mulut dan Taehyung terus faham.

“Hah tengok tu hyung, marah Kook pastu
nak nangis. Cengeng betul.” Usik Jungkook lagi. Makin galak lah si Eunbyul tu menangis.

“Alalalala adik manja ni nangis. Namo nangis okay nanti abang Jin belanja aiskrim.” Seokjin bangun sedikit dan mengusap kepala Eunbyul.

Eunbyul hanya diam. Dia punya layan sedih
dia Tu memang tidak boleh bawa bincang. Jungkook menggaru kepalanya.

Dia melebih ke?

Jungkook mengintai wajah Eunbyul.

“Sayan—”

“No sayang sayang.” Cantas Eunbyul. Peha Jungkook ditumbuk. Hasilnya Jungkook menahan sakit. Mampus lah aku.

Seokjin , Namjoon dan Jimin dah gelak kecil. Comel betul Eunbyul. Isteri Namjoon hanya tersenyum memandang Eunbyul. Seokjin memandang isterinya dan dia menaikkan kening.

“Sama macam sayang.” Bisik Seokjin ditelinga isterinya.

“Awak tidur luar hari ni. Jangan berani
jejak lantai bilik. Saya beri amaran. Awak jejak je sekali dekat situ juga saya tendang awak.” Eunbyul memberi amaran keras. Jungkook yang dekat dengannya disiku.

“So Jungkook nak balik tempat lama? Barang-barang kau ada lagi.” Selit Hoseok dengan tawanya. Jungkook mencebik.

“Bergurau je lah.”  Jungkook mula menarik bahu Eunbyul. Seperti yang difikirkan, Eunbyul menggeliut tanda tidak suka.

“Jangan peluk lah nak kena smack down ke?” Tisu yang basah dengan air mata dibaling ke dada bidang Jungkook.

“Dah lah entah apa-apa petang tadi.
Tengking orang. Minta maaflah apa lah.
Malam buat hal balik.. buat orang terasa.
... bla bla bla.” Bebel Eunbyul sambil menyuap makanan dalam mulut. Tahap kecomelan yang tahap Infiniti tu membuatkan mereka geli hati.

Alahai Eunbyul!

“Jin, Joon, Jim, Tae and Seok... petang tadi Jungkook ma—”

Membulat mata Jungkook. Terus ditekupnya mulut Eunbyul. Kepalanya menggeleng. Habislah dia kena marah dengan abang-abang nya itu nanti.

“Aip sayang please.. noooo!”

“Hah kau marah Eunbyul!” Park Jimin mula bangun. Mencekak pinggang sambil tenung Jungkook tajam.

Jungkook menelan air liur.

Park Jimin nampak lovely tapi kalau marah memang tak lovely.

Jadi unfair and not lovely.

🌼🌼🌼

   Seokjin mengambil tempat duduk sebelah Jungkook yang duduk atas bangku sambil memandang air laut. Mereka di kawasan berhampiran pantai.

“Yah Kookie.” Panggil Seokjin sambil meneguk setin bir. Seokjin membuang pandangan kearah laut. Jungkook hanya berdehem.

“Hyung nak tanya ni. Jawab dengan jujur ya?” Seokjin mula menuju ke adegan utama.

Jungkook mengangguk. “Eo, arraseo.”

Seokjin mengambil nafas seketika. Wajah Jungkook dipandang. “Kau dah sentuh Eunbyul?”  Soalan tersebut mendapat laluan angin sahaja. Jungkook hanya diam.

Kim Seokjin yang melihat air wajah Jungkook itu mula tersenyum. Walaupun Jungkook tidak menjawab soalan. Dia dapat baca air wajah itu.

“Bila kali terakhir kau make out dengan Eunbyul?”

“Kenapa hyung tanya?” Jungkook mula memeluk tubuh tidak berapa suka soalan peribadi itu. Seokjin berdecit. “Jawab je lah, hyung ni sebagai doktor jadi hyung nak tanya.”

Bahu Jungkook ditepuk kuat. Jungkook mengeluh kerana dia terpaksa menjawab soalan Seokjin.

“Adalah baru-baru ni.”Balas Jungkook acuh tak acuh. Seokjin senyum penuh makna.

Seokjin meneguk lagi bir itu.

“Minggu lepas kau make love tak?” Soalan Seokjin buatkan dia hampir tersedak.
Leher digosok tanda tidak selesa.

“Alahhh hyung kenapa tanya. Malu lah Kook. Apa punya soalan Jin hyung ni?” Jungkook melarikan pandangan daripada bertembung dengan Seokjin.

Seokjin meluku kepala Jungkook.

“Eiii hyung tanya jawab. Hyung bukannya bagitahu sesiapa pun. Ingat hyung ni bujang lagi ke? Hyung ada anak tahu? Kembar lagi.” Jeling Seokjin tetapi sempat angkat bakul sendiri.

Jungkook diam seketika. Kakinya menguis pasir pantai.

“Ada.”  Perlahan sahaja suara Jungkook.

“Sejak bila kau perasan perangai Eunbyul berubah?” Lagak Doktornya sudah masuk. Seokjin meletakkan birnya ketepi.

Jungkook memandang langit cuba
mengingati sejak bila Eunbyul berkelakuan pelik.

“Dalam 5 hari Lepas tapi paling ketara dalam dua tiga hari ni. Eunbyul tak sihat, dia baring je.” Terang Jungkook.

Bahu Jungkook dipeluk dengan sebelah tangan.

“Eunbyul tak ada muntah-muntah?” Soalan tipikal bagi doktor kepada pesakit puan.

Jungkook menggeleng.

“Tak ada pula. Emosi dia je lah kejap berubah-ubah macam empat musim. Kook ni pening dah. Cara panggilan dah tukar.
Selama 17 tahun Kook panggil Eunbyul kau aku dan sekarang awak saya. Kook kekok tahu. ”

“Hyung tahu Kook.” Senyum Seokjin. Faham dengan perasaan Jungkook.

“Hyung nak tanya je sebab perangai Eunbyul
tu sama macam isteri hyung waktu mengandung kan Seokjun dengan Saena tu. Sama sangat cepat menangis,terasa, marah dan dingin. Macam empat musim yang kau kata. Sikit-sikit ugut suruh tidur luar. Sekarang perangai masih sama bila mengandung.”

“Noona mengandung?” Jungkook pandang wajah Seokjin dengan teruja. Seokjin mengiyakan.

“Dae, empat bulan dah. Masuk sebulan usia kandungan isteri hyung baru muntah-muntah.” Seokjin mula teringatkan waktu perangai isterinya berubah.

“Kook tahu kisah hyung kan? Tahu hyung dengan isteri hyung macam kau. Dia mengandung kembar sebelum kahwin.”

Jungkook terdiam. Mencerna ayat yang keluar daripada mulut Seokjin. Dia memandang Jin.

“Sebab tu lah hyung tanya Kook semua benda ni. Sebab ketara sangat perubahan Eunbyul.”

“Hyung nak cakap Eunbyul mengandung?” Duga Jungkook.

Seokjin menaikkan kening. “Kenapa?
Kau tak suka?” Balas Seokjin laju.

“Bukan macam tu. Kook cuma risau, kami
kan dalam pertandingan sekarang. Kook taknaklah bahayakan dua nyawa. Hyung tahukan Eunbyul bukannya reti duduk diam.” Jungkook mengeluh. Otaknya ligat berfikir.

“Dah tahu kenapa tak pakai protection.” Seokjin mula menjeling Jungkook. Tahu
masuk pertandingan yang buat juga kenapa.

Jungkook jeling Jin pula. “Eunbyul tak bagi.
Dia cakap kalau pakai maknanya Kook
tak nak dia.”

Seokjin kini faham. Dia buang pandangan dekat air laut kembali.

“Hyung pasti yang Eunbyul mengandung. Jangan risau dia boleh menari tetapi jangan bagi dia stress banyak fikir lepastu jaga pemakanan dia. Persembahan akhir tu lagi
12 hari kan? Jaga dia elok-elok.” Bahu sasa itu ditepuk-tepuk tanda memujuk.

Jungkook mengangguk. Bibir menguntum senyum tetapi hanya seketika. Dada langit dipandang dengan satu perasaan yang bercampur-aduk.

Seokjin melihat reaksi wajah Jungkook.

“Kau ni macam tak gembira je apa yang
hyung bagitahu.” Jungkook menjeling Seokjin. Dia tengah berfikir tu boleh pula kacau.

“Tch, Kook ni excited tahu cuma Jungkook fikir yang... Tak sangka subur juga kami. Impressed sangat!” Senyuman lebar mula menghiasi wajah.

“Yah kau tu muda lagi mestilah fresh.” Seokjin melayan otak Jungkook.

“Kalau perangai Eunbyul tu tak berubah nak dekat seminggu. Jumpa hyung tahu. Mana tahu Eunbyul mengandung atau call je hyung.” Teruja Seokjin.

“Tak pun kau beli pregnancy test kau suruh Eunbyul cuba.
Hyung jamin yang Eunbyul ada isi. Obvious sangat tahap manja dia triple. Eunbyul yang jarang menangis. ”

Seokjin teringatkan hal tadi. Tahap terasa Eunbyul tu memang padu. Jungkook cakap salah sikit je terus menangis.

“Lagi satu, hyung nak pesan. Jangan nak
make love sangat waktu usia kandungan tu tak sampai dua bulan nanti dia letih dan sakit badan. Simpan sikit gatal tu.”

Jungkook membulat kan mata. Dia memandang Seokjin. Lengan abangnya itu disentuh.

“Oh patutlah Eunbyul nampak letih dua hari lepas.”

“Yah Jungkook Jeongmal!”

Dua suara yang datang dari arah belakang menyentakkan Jungkook. Mereka mula ketawa seperti kaset rosak.

Maka Jeon Jungkook menepuk dahi. Dia menoleh belakang, matanya bertemu dengan Hoseok dan Namjoon yang menekup mulut tanda terkejut.

“Huwaaaa!”

Jungkook niatnya nak kongsi berdua sahaja dengan Seokjin buat masa terdekat tetapi hancur segalanya.

🌼🌼🌼

Day-2 Pertandingan menari.
8:05 AM.

“Sayang sayang sayang~” Panggil Eunbyul perlahan sejurus melihat Jungkook keluar daripada bilik air dengan tuala sahaja melilit dipinggang.

Seksinya abang Jeon~

Eunbyul masih melabuhkan kepala di atas bantal. Matanya yang kuyu memandang Jungkook. Kepalanya terasa berdenyut-denyut dia pejamkan mata sekejap.

Jungkook memandang gadis itu sekilas.
Masih menutup mata.

“Apa Byul? Sayang pergi mandi hari ni kita
kena tolong professor periksa assignment budak tahun pertama.  ” Jungkook menggosok rambut nya dengan kain tuala kecil.

Eunbyul mencelikkan mata sejurus suara Jungkook keluar dari peti suara.

Daripada tadi mata nakal Eunbyul merenung tubuh Jungkook. Bahu lebar, dada bidang, abdomen dan lengan yang berketak-ketak tidak lupa pinggang yang langsing bagi lelaki.

Kaki?

No need explain memang dah berotot.

Jungkook melangkah kearah wardrobe. Setelah memakai seluar dia menuju kearah meja solek. Menggapai body mist kegemarannya.

Daripada biasan cermin dapat dia lihat Eunbyul menarik selimut ke paras dada.

“Awak mandi waktu saya tidur. Kenapa tak kejut? Saya nak mandi dengan awak.” Muncung sedepa bibir merah jambu merekah Eunbyul.

“Saya dah kejut awak ya, awak yang tak bangun.” Balas Jungkook lembut dan meleret.

Eunbyul keluarkan sebelah tangannya. Jemarinya dibengkokkan hingga bertemu dengan tapak tangan. Memanggil abang kelapa supaya mendekati.

“Duduk sini sekejap. Nak peluk-peluk.
Saya pening.” Suara manja yang mencairkan hati Jungkook. Mula berlari anak kearah Eunbyul dan tempat sebelah Eunbyul diambil. Jungkook masuk juga dalam selimut tebal itu. Badan disandarkan pada kepala katil.

Eunbyul mula melabuhkan kepalanya pada peha Jungkook. Tangan besar itu dicapai dan diletakkan pada tepi dahinya.

Disebabkan Jungkook ni bijak , dia mengurut ataupun memicit sekitar dahi Eunbyul. Bibir Eunbyul terbuka sedikit apabila jemari itu melegakan peningnya buat seketika.

“Pening sangat?”

Soalan Jungkook mendapat anggukan daripada Eunbyul. Kasihannya dia dengan Eunbyul. Bibirnya bertemu dengan belahan bibir munggil Eunbyul. Dicium sekejap dan beralih pada dahi gadis itu.

“Awak mandi okay? Biar segar sikit.
Saya turun bawah nak tolong ahjumma.”  Jungkook mengusap rambut perang Eunbyul.

Dia menolong Eunbyul bangun.
Pinggang gadis itu dia urut perlahan.

“Awak dah tukar selipar dalam bilik air tu?
Dah licin. Nasib awak ada semalam waktu dalam bilik air.” Tangannya mencapai getah rambut. Rambut paras pinggangnya disanggul malas.

Wajah mamai Eunbyul ditatap.

“Saya dah tukar selipar dalam bilik air tu
sebab yang lama kan dah haus tapak dia.”

Eunbyul mula turun dari katil. Melangkah kearah bilik air. Jungkook mengikut dari belakang jadi bodyguard security.

“Sayang mandi okay?  Kalau pening cepat paut mana-mana yang rasa selamat. Tak pun duduk perlahan-lahan. ”

Eunbyul hanya berdehem mendengar bebelan pakcik Jungkook. 

“Masuk.” Arah Jungkook.

“Awak nak tolong ahjumma ke nak tengok saya mandi ni? Tutup pintu.” Kata Eunbyul malas tanpa memandang kearah Jungkook.

Tawa kecil mula kedengaran, Jungkook menutup pintu bilik air. Dia melangkah kearah langsir dan ditarik hingga menutup ruangan sliding door.

Selepas selesai menyiapkan diri Jungkook bergegas turun ke bawah dan menuju ke dapur. Dia bernyayi kecil.

“Selamat pagi Ahjumma Lee~” Sapa Jungkook ceria. Jungkook ambil tempat duduk di kaunter pulau. Senyum arnabnya kelihatan.

Ahjumma membalas senyuman anak muda itu.

“Awal kamu turun hari ni? Eunbyul mana? Mandi?” Bawang dicapai untuk dipotong.

“Eo, ahjumma~ Kook ada sesuatu nak bagitahu ahjumma ni.” Jari telunjuk panjangnya menguis-nguis bekas yang terisi bahan untuk nasi goreng kimchi.

Eo mwondae?

Jungkook senyum penuh makna hehe gembiranya.

“Kook rasalah kan Eunbyul mengandung.
Jadi mesti ahjumma tahu kan apa makanan untuk orang mengandung?” Mata Jungkook kelihatan bersinar apabila menyebut hal itu.

Ahjumma melopong mulut.

Oh buat anak senyap-senyap!

Chincha? Jeongmal? ” Ahjumma Lee senyum lebar!

“Dae.. hehehe.”Gaya Jungkook memang comel macam bukan nak jadi bapak orang. “Besar dah Jeon Jungkook.” Kepala Jungkook diusap.

Haih anak teruna ni, terharu Ahjumma.

“Tapi Kook kena janji dengan ahjumma. Kahwin dengan Eunbyul. Eunbyul macam anak ahjumma jadi Kook kena jaga dia baik-baik. Jangan tahu nak menyakat Eunbyul je.”

Jungkook mengangguk, semestinya dia
akan kahwin dengan Eunbyul.

“Ahjumma tahu ea hehehe.” Jungkook sengih malu.

“Mestilah Eunbyul tu mengadu dekat ahjumma tahu. Makin menjadi manja dia. Ahjumma tegur sikit je cakap yang kamu bergurau je. Dia diam sekejap lepas tu menangis kata ahjumma tak faham dia.”

Bila Ahjumma ber onion!

“Itu baru ahjumma ni Jungkook yang ada dengan dia selalu dah kena. Jungkook cakap salah sikit je terus menangis. Takde nak diam-diam dah. Orang mengandung memang macam tu ke?” Jungkook memuncung sedikit bibir. Stress juga dia tengok Eunbyul asyik menangis.

“Ahjumma dulu kan. Haih malu pula nak cerita.” Ahjumma meletakkan pisau ke tepi. Jungkook melihat ahjumma Lee yang dia kenal sejak kecil itu. Comelnya, tua pun comel.

“Alalalala ahjumma ni malu pula.”

“Ahjumma mengandung waktu umur 18, suami ahjumma 22. Tiap-tiap hari asyik nak melekat dengan mendiang suami ahjumma. Kalau boleh ahjumma nak ikut pergi kerja sekali dan ahjumma suka makan.”

Ahjumma Lee mula mengimbau kisah lama. Rindunya dia dengan kenangan dulu.

“Melekat macam kenyal kek beras kan?” Jungkook melayan juga.

Ahjumma Lee tergelak dan mengangguk.

“Biar Kook tolong ahjumma.”

🌼🌼🌼

  Jungkook mendaki anak tangga, menuju kearah bilik. Sudah 25 minit berlalu sejak dia menyuruh Eunbyul mandi dan sejak itu lah Eunbyul tak turun sarapan.

Risau yang menggunung ditahan di dada.

Masuk sahaja dalam bilik dia lihat Eunbyul sudah terbaring atas katil di tempatnya dengan baju miliknya. Jungkook mengeluh lega.

Jungkook menghampiri tubuh kecil Eunbyul yang meringkuk seakan udang goreng atas katil. Baju t-shirt besarnya dipakai oleh Eunbyul. Tubuh Eunbyul yang genit membuatkan baju itu berada diparas bawah peha.

“Sayang, are you okay?”

Soalan diajukan kepada Eunbyul, namun deheman sahaja diterima. Jungkook mula naik ke atas katil. Dahi Eunbyul disentuh, tidak panas.

“Saya tak larat lah nak bangun hari ni. Awak boleh tak call prof Sunmi kata yang kita tak dapat tolong?” Ujar Eunbyul lemah. Jungkook mengetap bibir.

“Arraseo nanti saya call prof sunmi. ” Jungkook mengusap pipi tembam Eunbyul. Tangan Jungkook ditarik dan diletakkan pada dahi.

“Pening sangat.” Gumam Eunbyul. Bunyi esakan kecil membuatkan Jungkook bertambah gusat. Rambut yang menutup separuh muka Eunbyul dialih.

“Aigoo-yaa sayang uljima..” Pujuk Jungkook.
Air mata Eunbyul dikesat.

“Eunbyul, kita pergi hospital nak?” Pujuk Jungkook lagi. Hati-hati dia menyoal kerana Eunbyul tidak sukakan  hospital. Dia mengeluh bila mendapat gelengan daripada Eunbyul.

Taknak lah tu.

“Saya tak suka bau hospital. Taknak...”Rengek Eunbyul. Aku mencapai telefon aku dan bangun dari katil. Baru sahaja nak melangkah lengan ditahan oleh Eunbyul.

“Janganlah pergi mana-mana.” Sendu betul Eunbyul.

Jungkook menggaru kepalanya. Dia duduk kembali ditepi Eunbyul. Dicium-cium dahi licin itu. Jungkook mengusap tempat parut kecil yang berada di hujung dahi.

“Shh shh sayang tak.. Jung tak tinggalkan byeong.”  Tangan gedabak Jungkook menepuk-nepuk peha Eunbyul.

“Sebelum tu, sayang kena makan nanti perut kosong masuk angin macam mana?” Jungkook manjakan suaranya. Eunbyul membuka mata dan tenung Jungkook, Jungkook mengangguk.

Selepas siap sarapan, Jungkook dan Eunbyul kembali masuk ke dalam bilik. Eunbyul terus menuju kearah katil, badan direbahkan lemah. Comforter tebal ditarik hingga paras pinggang.

“Jungkook saya nak tidur.”

“Alright sayang.” Pipi gebu gadis itu dikucup lama.

“Nak mmuahh mmuahh lagi?” Soal Jungkook apabila mata Eunbyul masih bulat memandang nya seperti meminta sesuatu.

Eunbyul mengerdipkan mata, pening-pening pun nak cium😂

Dasar mommy daddy gatal😂🌼

Rahang si gadis dipegang dan bibirnya menyambar bibir merah jambu merekah Eunbyul. Dicium lembut .

Tidak lama kemudian dalam 30 saat Eunbyul mula terbuai dan tertidur.

Jungkook melepaskan ciuman bila Eunbyul sudah tidak membalas ciumannya. Tahu sahaja yang gadis itu sudah tidur. Macam puting untuk bayi, selepas lena mula menolak puting itu.

Samalah seperti ini tetapi cara lain.

Bibir gadis itu diusap dengan ibu jari.

Jungkook menggapai telefonnya dan melangkah kearah balkoni bilik. Selesai menelefon professor Sunmi. Nombor Seokjin ditekan.

“Hyung, boleh datang rumah Byul? Byul lemah semacam tu.”

“Nanti hyung sampai.”

Jungkook kembali masuk ke dalam bilik. Sliding door dikunci dan langsir tebal warna koko itu ditarik hingga tertutup rapat permandangan pintu gelunsur itu.

Kaki mengatur langkah kearah Eunbyul. Perlahan-lahan melutut ditepi katil bahagian Eunbyul. Rambut lembut itu diusap-usap penuh kasih

Diberi ciuman yang tidak pernah jemu diberikan. Segenap wajah itu dikucup lembut.

“Sayang cepatlah sembuh.” Tangan kecil Eunbyul digenggam dan dibawa ke bibirnya.

Dikucup tanpa henti sambil berdoa agar kesihatan Eunbyul terjaga.

🌼TO BE CONTINUE 🌼
❤️3807 WORDS❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro