Bab 9
Izzat bangun daripada tidur. Badannya berpeluh kerana teringatkan mimpi tadi. Dia bermimpikan yang Meduna dirogol oleh Tengku Zulkifli berkali-kali.
" Astagfirullah, ya Allah... adakah mimpi ini sebagai petunjuk atau apa? Minta dijauhi," ucap Izzat sambil beristighfar. Dia kemudian membuka telefonnya dan menyemak mesej yang diterima. Dia terkejut apabila Meduna benar-benar pergi berjumpa dengan Tengku Zulkifli. Dia terus bergegas turun ke bawah dan mengambil kunci kereta Meduna yang lain. Dia menghidupkan enjin dan membuka aplikasi pengesan. Nasib baik Meduna memasang aplikasi pengesan di telefonnya.
Flashback
" Bak sini telefon kau," kata Meduna. Izzat mengerutkan dahi. Dia nak buat apa?
" Nak buat apa?" tanya Izzat. Meduna mengeluh.
" Bagi je lah. Aku tak buat apa-apa pun," kata Meduna sambil menjeling Izzat. Izzat masih ragu-ragu.
" Kalau aku taknak?" tanya Izzat degil.
" Ish! Aku kata aku nak, maknanya aku nak. Cepatlah!" gesa Meduna. Izzat berfikir sejenak lalu menggelengkan kepala.
" Kalau kau nak... kau kena buat sesuatu dulu. Kalau kau buat baru aku bagi. Amacam?" tanya Izzat sambil tersengih. Meduna mencekak pinggang. Amboi ... sekarang sapa bos?
" Taknak aku. Bagi je la haih...," marah Meduna.
" Taknak sudah. Aku tak rugi apa-apa," kata Izzat sambil menaikkan keningnya berulang kali.
Meduna menggengam penumbuk. Dia ni kan!
" Okay fine! Kau nak suruh aku buat apa?" tanya Meduna tergesa.
" Aku nak kau... "
" Nak aku? Alelele. Nak aku ke? Cakap je la," kata Meduna sambil menahan ketawa. Izzat menjeling tajam lalu tersengih. Dia bergerak perlahan-lahan ke arah Meduna. Meduna yang baru perasan terkejut lalu bergerak ke belakang perlahan-lahan. Akhirnya dia berhenti kerana ada dinding di belakangnya!
" Kau ... kau nak apa?" tanya Meduna dalam ketakutan.
" Aku nak kaulah. Tadi kau kata kan? Hm?" kata Izzat bergurau. Izzat meletakkan kedua-dua tangan di dinding, menyekat Meduna daripada lari. Muka Izzat bergerak perlahan-lahan ke depan sambil tersenyum manis. Meduna menelan air liur.
" Kau ... kau jangan main-main. Aku jerit kot nanti," kata Meduna terketar-ketar. Izzat tersengih.
" Jeritlah kalau berani," kata Izzat. Izzat tersenyum kerana ketika itu Mak Kiah pergi ke rumah sebelah, maka tiada sesiapa di dalam rumah itu.
Meduna mengambil kesempatan itu untuk menjerit sekuat hati. Izzat tersenyum sinis. Jeritlah sekuat hati, Mak Kiah memang tak akan tolong.
" Ya Allah, budak bertuah! Apa yang kau buat ni?" tanya Mak Kiah.
Izzat terkaku. Oh sh*t. Macam mana Mak Kiah ada? Izzat terus melepaskan Meduna dan Meduna terus lari ke belakang Mak Kiah.
" Mak Kiah?" tanya Izzat terketar-ketar.
" Ye la Mak Kiah la ni. Takkan hantu pula. Mana ada hantu tengah hari buta ni. Kau buat apa hah? Sakat cik Meduna ye?" marah Mak Kiah. Izzat tersengih lalu mengangkat dua jari.
" Peace," kata Izzat sambil tersengih busuk.
" Mak Kiah... tengok Izzat... dia ganggu saya. Dia nak cium saya tau," kata Meduna sambil menjelirkan lidahnya. Habislah kau Izzat!
" Budak bertuah ni nak kena!" kata Mak Kiah sebelum mengambil sudip lalu berjalan ke arah Izzat. Izzat yang tahu dia bakal dipukul terus melarikan diri ke arah taman. Mak Kiah terus mengejar Izzat ke arah taman diikuti dengan Meduna.
Izzat mengambil paip air lalu membuka air sekuat boleh. Dia terus menghalakan ke arah Mak Kiah dan Meduna. Habis basah baju mereka berdua.
" Bertuah punya budak. Ko datang sini! Kalau Mak Kiah dapat... Mak Kiah tarik telinga tu. Ko datang sini," kata Mak Kiah sambil mencekak pinggang. Meduna yang dibelakang ketawa terbahak-bahak. Walaupun dia marah kerana bajunya basah namun bebelan Mak Kiah menghiburkan hatinya.
Izzat turut mengambil peluang untuk ketawa bersama-sama. Akibat terleka, dia ditangkap oleh Meduna.
" Ambil kau. Rasakan! Mak Kiah... Meduna dah dapat dia ni," kata Meduna kuat. Izzat meronta-ronta sebelum telinganya ditarik kuat.
" A... aduh Mak Kiah. Sakitlah," adu Izzat. Meduna ketawa terbahak-bahak.
" Ha cik, kamu nak suruh Mak Kiah buat apa dekat budak ni?" tanya Mak Kiah.
" Saya nak telefon dia Mak Kiah," kata Meduna sambil tersenyum sinis. Mak Kiah terus menjeling Izzat. Izzat tersengih lalu mengeluarkan telefonnya lalu diserahkan kepada Meduna. Meduna mengambil telefon Izzat lalu memasang aplikasi 'Tracer'. Dia kemudian memberikan semula telefon itu kepada Izzat.
" Itu tracer. Aku boleh nampak lokasi kau dan kau boleh nampak lokasi aku. Aku pasang takut kau lari ke apa. Dengan syarat telefon tu mesti ada dengan kaulah. Kalau takdak, nak kesan apanya," kata Meduna. Izzat hanya mengohkan saja.
End Flashback
Izzat terus bergerak ke lokasi Meduna. Dia takut kalau berlaku apa-apa kepada Meduna. Entah kenapa hatinya berasa sesuatu. Dia memecut laju ke lokasi tersebut.
*
*
*
*
Meduna yang baru tiba di lokasi Tengku Zulkifli keluar daripada kereta. Dia melihat Tengku Zulkifli sedang memerhatinya dari luar kereta.
" Nak apa sayang jumpa ni hm?" tanya Tengku Zulkifli sambil tersenyum.
" Saya nak putus. Maaf. Saya taknak teruskan majlis ini," kata Meduna jujur. Tengku Zulkifli tercenggang.
" Apa yang sayang merepek ni?" tanya Tengku Zulkifli.
" Saya cakap saya taknak teruskan pernikahan ini. Saya tak cintakan awak, maaf. Kita still boleh jadi kawan," kata Meduna sambil tersenyum. Dia terus berpaling ke belakang untuk pulang. Namun tangannya dipegang oleh Tengku Zulkifli. Meduna yang rimas terus merentap.
" Jangan peganglah. Lepas!" kata Meduna rimas. Tengku Zulkifli berang.
" Bagitau sekarang... kenapa sayang nak putuskan hubungan kita! Sayang suka dekat mamat kampung tu ke?" tanya Tengku Zulkifli.
" Mana ada! Saya memang tak cintakan awaklah! Lepaslah! Saya nak balik," kata Meduna. Namun bagai hujan jatuh ke pasir, segala kata-kata langsung tidak didengari oleh Zulkifli. Zulkifli berang dan bersikap agresif. Dia memegang kuat tangan Meduna sehingga tangan Meduna kemerah-merahan.
" Lepaslah, sakit... Zulkifli," Meduna meronta-ronta dengan kuat. Zulkifli terus menampar pipi Meduna dengan kuat sehingga menyebabkan bibir Meduna pecah. Tubir mata Meduna dipenuhi dengan air mata. Dia takut sekarang. Ya Allah selamatkanlah aku! Namun tangannya terasa bebas. Zulkifli sudah tidak memegangnya. Dia melihat ke depan dan terkejut apabila seseorang memukul Zulkifli dengan kuat.
" Izzat," sebut Meduna perlahan. Ya dia tidak bermimpi. Memang Izzat.
" Kau memang lelaki bodoh! Kau lelaki dayus!" kata Izzat sambil memukul pipi Zulkifli berulang kali. Dia melepaskan kegeraman kepada Zulkifli. Bibir dan hidung Zulkifli mula mengeluarkan darah.
" Ini sebab kau sakitkan Meduna," Izzat menumbuk pipi kiri Zulkifli.
" Ini sebab kau tak lepaskan dia," Izzat menumbuk kuat pipi kanan Zulkifli.
" Ini sebab kau tengking dia," Izzat menumbuk hidung Zulkifli pula.
" Dan ini sebab kau memang lelaki durjana! Suka rosakkan perempuan! Suka sakitkan hati perempuan. Kau dengan tangan bandar kau tu boleh mampus! Apa ingat aku orang miskin memang bodoh? Biar kami miskin kerana takdak duit tapi bukan kaya dengan maksiat. Biar aku miskin kerana takdak duit tapi kaya dengan keangkuhan masing-masing!" Izzat terus menumbuk perut Zulkifli berulang kali. Dia sudah lama geram!
Akhirnya Zulkifli rebah longlai. Akhirnya dia tersungkur menghadap tanah. Izzat yang puas terus berdiri lalu berjalan ke arah Meduna. Meduna yang masih trauma terketar-ketar memegang tangan Izzat. Izzat terus mendukung Meduna ke belakangnya dan membawanya ke dalam kereta. Meduna terkaku di belakang Izzat.
Sampai sahaja di rumah, Izzat terus membuka pintu kepada Meduna. Meduna terus keluar dan mengucapkan terima kasih. Izzat tersenyum lalu mengangguk.
" Lepas ni kalau nak keluar malam-malam... bawa aku okay? Aku akan jaga kau selagi boleh," kata Izzat. Meduna terus mengangguk lalu tersenyum. Sewaktu Izzat ingin menutup pintu, Meduna ternampak kesan luka di tangan Izzat.
" Tangan kau berdarah. Jom aku cuci luka tu," kata Meduna sambil menarik tangan Izzat. Izzat hanya mengikut saja jejak Meduna. Meduna mengambil first aid kit di almarinya lalu mencuci luka itu terlebih dahulu.
" Auch, sakitlah," kata Izzat sambil mengetap giginya. Meduna tersenyum sekilas.
" Tadi waktu tumbuk tak ingat pula sakit," sindir Meduna sambil tersenyum. Izzat tersengih menunjukkan sebaris gigi yang putih itu.
" Tadi geram. Tak ingat sakit dah hehe," kata Izzat sambil mengusap rambutnya perlahan.
" Erm, terima kasih eh sebab selamatkan aku. Kalau kau tak datang... aku rasa mungkin aku dah jadi habuan lelaki tu." Meduna bercakap sambil tangannya ligat mencuci dan merawat luka Izzat. Izzat tersenyum.
" Aku akan sentiasa menyelamatkan kau bila kau ditimpa masalah," kata Izzat sambil merenung anak mata Meduna. Meduna berhenti mencuci luka itu lalu melawan renungan Izzat itu. Entah kenapa dia tertarik dengan mata Izzat. Akhirnya Meduna kalah dengan panahan mata Izzat lalu meletakkan plaster di tangan Izzat yang terluka.
" Dah siap. Kau pergilah rehat," kata Meduna sambil menyimpan semula first aid kit di dalam almari.
" Meduna... " panggil Izzat perlahan. Meduna mendongak dan melihat Izzat.
" Aku nak minta tolong boleh?" tanya Izzat.
" Boleh je. Tolong apa?" tanya Meduna.
" Ajar aku untuk mencintai kau," kata Izzat sambil tersenyum.
***********
Maaf late! Thank you yang baca. I love you guys T_T
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro